Selasa, 31 Oktober 2017

TABRIZ IRAN/KARADENIZ SOUTHEAST TURKEY/KAZAKHSTAN – 0.0 INTRODUCTION

Sebaik sahaja permohonan cuti diluluskan, aku terus memikirkan destinasi pengembaraan kali ini dan siapakah yang bakal menemani ku sepanjang pengembaraan kali ini? Semua persoalan ini perlu dijawab dalam masa 14 hari beserta perancangan perjalanan yang rapi. Fokus masih lagi berlegar-legar di Timur Tengah kerana disinilah tempat tumpuan kuasa-kuasa besar dunia dan disini juga bakal berlakunya peristiwa-peristawa besar di akhir zaman. Perasaanku menyatakan yang Iran mungkin suatu hari nanti tidak akan dapat dilawati seperti hari ini. Perancangan awal adalah untuk memulakan perjalanan dari ibu kotanya, Tehran lantas tiket sehala ke Tehran dibeli pada hari yang sama. Aku memilih untuk bergerak ke barat dan menjelajah sebahagian daripada wilayah Kurdistan di Turki. Pergolakan bangsa Kurdish di Iraq dan informasi dari Sam, Istanbul Couchsurfer sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan kali ini. Untuk pergerakan ke timur Tehran, jalannya lebih sukar yang mana memerlukan lebih informasi dan juga masa selain daripada tiket penerbangannya lebih mahal. Aku masih lagi mahu untuk berkongsi pengalaman dan ilmu pengembaraan ini kepada mereka yang mahu mencuba. Syaratku sangat mudah, hanya perlu mengikut kemana sahaja aku pergi tanpa banyak soalan. Pelawaan pertama ialah kepada rakan kerjaku tetapi beliau terpaksa menolak kerana kesibukan kerja. Namun, seorang lagi rakan kerjaku, Pak Usop terus bersetuju dengan syarat jika permohonan cutinya diluluskan. Aku terus memperincikan itinerary sambil mengharapkan cuti Pak Usop lulus. Lebih kurang seminggu sebelum hari penerbangan akhirnya cuti beliau diluluskan. Aku terus membeli tiket penerbangan untuknya sambil menyiapkan checklist untuk Pak Usop yang tidak pernah mengembara sejauh ini. Segala persiapan dirancang rapi dan restu kaum keluarga amatlah penting bagiku sebelum memulakan pengembaraan ini.

Route asal ialah Kuala Lumpur – Tehran – Qazvin – Rasht – Ardabil – Tabriz – Van – Kars – Artvin – Rize – Trabzon – Erzurum – Diyarbakir – Mardin – Sanliurfa – Gaziantep – Istanbul – Kuala Lumpur. Ternyata banyak dugaan dan cabaran sepanjang pengembaraan kali ini yang memaksa aku mengubah route di saat akhir. Perjalanan Kars dan Artvin terpaksa dibatalkan kerana faktor perjalanan yang jauh disamping suhu yang membeku. Strategi ‘Travel Light’ masih lagi digunapakai tanpa membawa baju tebal untuk mengharungi musim sejuk seperti mana pengembaraan pertama ke Iran tahun lalu. Pak Usop juga mengalami masalah peribadi di pertengahan pengembaraan dan terpaksa pulang 2 minggu lebih awal! Untuk persiapan pulang, aku sentiasa memantau harga tiket penerbangan Air Astana dari Istanbul untuk transit di Almaty dan Astana sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Akhirnya aku membuat keputusan untuk transit di Almaty untuk 16 jam dan membatalkan niat ke Astana kerana faktor cuaca sejuk. Route akhir ialah Kuala Lumpur – Tehran – Qazvin – Rasht – Ardabil – Tabriz – Van – Rize – Uzungol –  Trabzon – Erzurum – Diyarbakir – Batman – Cizre – Mardin – Sanliurfa – Gaziantep – Istanbul – Almaty – Kuala Lumpur. Lencongan ke Cizre adalah semata-mata menziarahi Makam Nabi Nuh AS. Pekan kecil yang hampir dengan sempadan tiga negara ini seolah-olah memanggil diriku yang pada ketika itu sudah kembali keseorangan di jalanan. Ikuti kisah pengembaraan kali ini yang pada ku dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang bangsa Kurdish, Turkish dan Kazakh. Selain daripada kisah geo-politik dan sejarah disamping menziarahi makam Nabi-Nabi Allah di bumi Turki.

Travel Map : https://goo.gl/km4MM8

3 ulasan:

  1. Salam. In sha Allah, saya akan baca blog saudara hingga selesai. Lain kali ajak saya utk mengembara. Saya pengembara tegar.

    Jun 2019 ni in sha Allah saya ke Uzbekistan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam. Tolong contact saya balik di FB

      Padam
  2. Macam mana nak contact di FB. Cari nama anware tak jumpa dlm FB.

    BalasPadam