Sebaik sahaja bangun pagi, Zeynep keluar untuk
membeli roti di kedai bawah. Sarapan pagi ini mewah dengan pelbagai jenis jem,
buah kering dan keju disertakan dengan teh winter. Terdapat banyak lebihan dari
sarapan pagi ini dan beliau menyuruhku untuk membungkusnya sebagai bekal ke
Sanliurfa. Aku seperti mahu lagi menetap di sini namun hati perlu tekad untuk
meneruskan perjalanan. Kenangan seperti ini pasti akan sentiasa diingati
sehingga ke akhir hayat. Beliau bertanya kepadaku adakah aku akan meninggalkan
komen di Couchsurfing. Balasku, ianya adalah wajib ke atas diriku untuk memberi
komen yang positif kepada setiap host yang telah membantuku di dalam pengembaraan
ini. Sambil itu aku menulis ucapan dibelakang poskad dan mengatakan kepadanya
hanya untuk membacanya ketika aku sudah pergi. Ucapan terakhir di poskad adalah
sesuatu yang pasti aku lakukan untuk setiap host Couchsurfing sebagai tanda
kenangan dan penghargaan buat pengorbanan mereka. Kemudian kami bersama-sama
keluar dari rumah sebelum dipisahkan dengan kedatangan teksi yang mengambilnya
ke sekolah. Jarak Mardin Otogar dengan rumahnya sangat dekat sekitar 500m dan
aku berjalan kaki dengan bersahaja sambil melayan perasaan. Aku membeli tiket
bas di kaunter dengan harga TL 30 untuk perjalanan sejauh 200km. Harga minyak
di Turkey yang sememangnya mahal menjadikan kos pengangkutannya agak mahal. 1
liter petrol dijual pada harga TL 5 dan ianya 2 kali ganda mahal daripada harga
di Malaysia. Aku juga sempat menyaksikan upacara orang Kurdish bermain gendang
untuk mengucapkan selamat tinggal dan semoga berjaya kepada salah seorang
keluarga mereka yang kemudiannya masuk ke dalam bas yang sama. Semasa dalam perjalanan
aku memberitahu Aydin, host di Sanliurfa tentang masa ketibaanku nanti di
otogar. Aku memberikannya gambar tiket dan beliau mengatakan akan menantiku di
stesyen bas. Selepas hampir 3 jam di perjalanan aku pun sampai di Sanliurfa
Otogari.
Lebuh raya di kawasan selatan Turkey ini sememangnya dijaga diselenggara dengan baik sama seperti Malaysia. Cuma jalan raya di kawasan pergunungan dan terpencil kurang memuaskan dengan jalan yang tidak rata dan berlubang. Turun daripada bas aku tercari-cari dimanakah Aydin dan tiba-tiba beliau menyapaku dari belakang. Kami terus bersalaman dan melagakan pipi antara satu sama lain. Ia adalah budaya disini dan aku agak janggal melakukannya buat pertama kali ketika bertemu Muhammad di Trabzon. Sanliurfa yang bermaksud “The Glorious Urfa” adalah bandar yang lama yang sezaman Edessa diasaskan sekitar tahun 300SM. Kemudian kerajaan Islam Seljuk menawan bandar ini sekitar tahun 600an dibawah Komander Salahuddin Al-Ayubi. Bandar ini juga digelar “Land of the Prophets” kerana terdapat tinggalan sejarah Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ayub A.S. Aydin kemudian menjemputku untuk menaiki keretanya dan pergi ke farmasi rakannya di tengah bandar Sanliurfa. Di sana beliau berbincang dengan rakannya mengenai hal-hal berkaitan kerjanya. Beliau yang tidak fasih berbahasa Inggeris kadang-kadang menggunakan bahasa isyarat dan Google Translate dalam membantunya berkomunikasi denganku. Kerjayanya adalah sebagai President Persatuan Farmasi untuk kawasan Kurdistan Turkey. Beliau juga selalu melancong keluar negara sambil menunjukkan gambar-gambar yang terdapat di dalam telefonnya. Setelah itu kami bergerak menuju ke sebuah apartment untuk menghantar payudara palsu kepada seorang makcik dan katanya makcik itu menghidapi kanser. Aku yang hanya mengikut kemana sahaja beliau pergi tenang menanti di dalam kereta. Setelah selesai urusan kerjanya, kami ke Masjid Nabi Ayub A.S untuk solat Zohor sebelum ke gua Nabi Ayub A.S di luar masjid. Di gua inilah baginda tinggal setelah diusir kaumnya ketika ditimpa musibah penyakit kulit selama bertahun-tahun sebelum sembuh dengan meminum air setelah menghentakkan kakinya di bumi. Kisah baginda ditulis di dalam Al-Quran di dalam Surah Al-Anbiya, ayat 83 dan Surah Sod, ayat 42.
Untuk memasuki gua yang dibawah tanah lelaki dan perempuan perlu bergilir-gilir untuk memasukinya. Setelah menuruni beberapa anak tangga akhirnya kami sampai di pintu gua dan terdapat tingkap yang memisahkan gua dan tempat pelawat. Aku mengambil kesempatan untuk solat sunat dan membaca beberapa ayat Al-Quran seperti mana lazim dilakukan pada ziarahku sebelumnya. Berhampiran dengan gua terdapat perigi yang dikatakan mengeluarkan air mata air hasil dari hentakan kaki baginda. Aydin kemudian membawaku ke Balikligol yang bermaksud Tasik Ikan ataupun Tasik Nabi Ibrahim A.S. Nabi Ibrahim A.S telah dilahirkan pada zaman pemerintahan raja yang zalim iaitu Raja Namrud. Penduduk tempatan mempercayai Nabi Ibrahim A.S yang telah dihukum Raja Namrud telah dibakar dan dengan kuasa Allah S.W.T api telah bertukar menjadi air dan kayu bakar menjadi ikan. Dan ada juga yang mempercayai di kolam inilah baginda dicampakkan setelah dibakar dan dipercayai air ini mempunyai kuasa menyembuh. Kisah baginda dibakar termaktub di dalam Al-Quran di Surah Al-Anbiya, ayat 69. Di kolam kelihatan ikan-ikan timbul di permukaan air untuk meminta makanan dan terdapat sebahagian pengunjung memberikannya makanan. Kami kemudian berjalan-jalan di sekitar taman dan akhirnya sampai ke Masjid Halilur Rahman yang dahulunya adalah sebuah Gereja Virgin Mary sekitar tahun 500an sebelum ditukarkan menjadi masjid oleh Khalifah Abbasiyah sekitar 800an. Di sebelah masjid ini terdapat gua Nabi Ibrahim A.S dimana baginda dilahirkan dan dibesarkan disini sehingga berusia 15 tahun. Kelahirannya terpaksa disembunyikan ibunya, Nuna kerana pada ketika itu Raja Namrud mendapat mimpi bahawa akan lahir seorang lelaki yang akan membawa agama baru dan memusnahkan kerajaannya. Jadi setiap bayi lelaki yang lahir pada zaman tersebut akan dibunuh. Pintu gua tersebut terletak di dalam bangunan bersebelahan masjid dan kawasan melawat lelaki dan wanita diasingkan sebelah-menyebelah. Terdapat tingkap kaca yang memisahkan antara gua dan tempat melawat dan disitu aku membaca ayat Al-Quran dan berdoa.
Aydin kemudian memberitahuku yang beliau harus pulang ke pejabatnya dan aku hanya mengikutnya. Pejabatnya terletak berhampiran stesen bas bandar dan berada di tingkat 3 bangunan. Terdapat tandas, bilik tidur dan tilam di pejabatnya. Serba lengkap untuk dijadikan tempat pertemuan dan mengundang tetamu dari Couchsurfing. Kami berehat sebentar disini dan aku mengambil kesempatan untuk menghubungi keluarga setelah sekian lama hanya berhubung melalui aplikasi WhatsApp. Selepas solat Asar kami keluar seketika berjumpa rakanya untuk minum kopi dan menghadiri makan malam bersama ahli-ahli persatuan farmasinya di Restoran Sporyumocakbasi. Bilik di restoran mewah ini mampu memuatkan sekitar 20 orang dan aku berasa amat bertuah untuk berada di sini. Aku yang sejak tengah hari tadi hanya memakan bekalan yang diberi Zeynep berasa sangat lapar ketika ini. Rakan-rakannya cuba untuk berkomunikasi denganku walaupun mereka tidak fasih berbahasa Inggeris. Makan malam dimulakan dengan hidangan sayur-sayuran, daging kebab dan diakhiri dengan manisan. Air yang disediakan adalah ayran iaitu susu yogurt. Aku yang sentiasa sabar menanti setiap hidangan disajikan akhirnya kekenyangan. Sekitar jam 2300H kami pulang semula ke pejabat dan aku terkejut kerana mendapati terdapat satu lagi kumpulan rakan-rakannya menanti di pejabat dengan manisan yang telah siap terhidang. Dengan perut yang kenyang aku cuba untuk menjamah sedikit manisan yang dipelawa mereka. Mereka kemudian bersembang untuk seketika dan akhirnya pulang ke rumah masing-masing. Aydin memberikan aku kunci pejabatnya dan menunjukkan tilam yang boleh aku gunakan untuk tidur. Aku yang keletihan tidur di ruang tamu yang luas berseorangan kerana Aydin pulang ke rumahnya.

Meninggalkan Mardin
Masjid Nabi Ayub A.S
Sekitar kompleks masjid dan makam
Catitan mengenai Nabi Ayub A.S
Pintu masuk gua Nabi Ayub A.S
Pintu masuk gua Nabi Ayub A.S
Tingkap kaca yang memisahkan gua dengan tempat melawat
Gua Nabi Ayub A.S
Bandar Sanliurfa
Catitan mengenai Balikligol
Balikligol
Para pengunjung yang memberi makan ikan
Kucing penunggu makam
Kucing gebu di taman
Terdapat cafe di sekitar taman
Perkarangan luar Masjid Halilur Rahman
Catitan mengenai Masjid Halilur Rahman
Dom Masjid Halilur Rahman
Dewan solat Masjid Halilur Rahman
Tapak kaki Nabi Muhammad SAW
Janggut Nabi Muhammad SAW
Bangunan luar gua Nabi Ibrahim A.S
Pintu masuk gua Nabi Ibrahim A.S
Gua Nabi Ibrahim A.S
Aydin yang berada di pejabatnya
Makan malam bersama Aydin
Şıllık Tatlıs
Mencuba Kunefe bersama rakan-rakan Aydin
Pemandangan dari tingkat pejabat
Tidur di ruang utama pejabat
0 ulasan:
Catat Ulasan