Mahmut terus menghantarku ke Batman Otogari
sebaik sahaja aku siap. Nampak seperti dia agak kelam kabut mungkin kerana
terlewat bangun agaknya. Dia memohon maaf kerana tidak sempat menyediakan
sarapan pagi. Aku mengatakan tidak mengapa kerana aku masih kenyang dari makan
malam semalam yang banyak. Bas bergerak tepat jam 0830H dengan keadaan kerusi
yang agak kecil dan sempit. Sepanjang perjalanan aku dapat melihat banyak
telaga minyak dari tepi jalan raya. Benarlah kata Mahmut yang kawasan Tenggara
Turkey ataupun Kurdistan Turkey ini kaya dengan hasil minyak dan gas. Aku tidak
dapat melelapkan mata dengan tenang kerana permukaan jalan yang tidak rata.
Tidak kurang juga pemeriksaan anggota keselamatan yang beberapa kali masuk ke
dalam bas dan memeriksa ID dan passport setiap penumpang. Seperti mereka pasti
akan berhenti lebih lama apabila melihat passport merahku ini. Setelah 2 jam
akhirnya aku sampai di pekan Cizre berhampiran dengan bulatan di pintu masuk
pekan namun konduktor bas tidak menyebut apa-apa pun mengenai perhentian ini.
Aku menyangkakan yang bas akan berhenti di Cizre Otogar namun sangkaanku
meleset. Bas mula bergerak dan terus menghala keluar meninggalkan pekan. Aku
segera memberhentikan bas dan turun selepas jambatan yang menyeberangi Sungai
Tigris. Aku memerhatikan keadaan sekeliling dan di hadapanku terdapat sebuah
pondok kawalan polis yang besar sebelum jambatan dengan kesemua mereka memegang
M16 di tangan mereka. “Aduh drama lagi kat pondok polis ni”, getus hati
kecilku. Perlahan-lahan aku menghampiri pondok kawalan dan menyerahkan beg galas
sambil menunjukkan passportku. Seluruh badan dan begku diperiksa dan digeledah
mereka untuk memastikan aku bukanlah seorang pengganas. Kata mereka mengapa ke Cizre
yang di dalam kawasan konflik yang merbahaya? Jawab ku ringkas, ziarah Hazreti
Nuh A.S.
Perjalanan diteruskan sekali lagi melintasi Sungai Tigris dengan cuaca ribut pasir. Aku sampai semula ke bulatan tadi dan terus masuk ke pekan. Kelihatan penduduk di sini menjalankan aktiviti harian seperti biasa sama seperti pekan dan bandar lain yang pernahku lawati semasa di Turkey. Aplikasi Google Map sentiasa aku perhatikan untuk memastikan di jalan yang betul menuju ke makam Nabi Nuh A.S. Sekali lagi aku diberhentikan anggota polis dan mereka melakukan pemeriksaan yang sama seperti beberapa minit yang lepas. Aku terpaksa akur dengan kehendak mereka dan alhamdulillah aku sekali lagi dilepaskan. Mereka juga membantuku memberi petunjuk jalan ke arah makam. Alhamdulilah, akhirnya setelah segala rintangan dan cabaran aku sampai juga di makam Nabi Nuh A.S. Makam dan masjid diasingkan di 2 bangunan berbeza. Aku terlebih dahulu solat Zuhur di masjid sebelum menziarahi makam. Aku menyedekahkan Al-Fatihah dan membaca ayat-ayat lazim dan diakhiri dengan doa. Nabi Nuh A.S adalah Rasul Ulul-Azmi yang semasa hidupnya diperintah oleh Allah untuk membina bahtera di atas bukit untuk mempersiapkan diri dan seluruh hidupan pada masa itu untuk menghadapi banjir besar seperti yang terkandung di dalam Surah Al-Qamar, ayat 11-13. Berdasarkan Surah Hud, ayat 44 bahtera baginda telah mendarat di Bukit Judi setelah air banjir surut. Dan bukit yang dimaksudkan itu tidak jauh dan dapat dilihat dari makam akan puncaknya namun untuk melawatnya pada ketika ini adalah mustahil atas sebab keselamatan kerana puak penentang Kurdish menguasai kawasan tersebut. Sebelum beredar aku mengambil gambar dan terus menuju ke Cizre Otogari. Aku bernasib baik dapat menaiki bas yang bakal berlepas beberapa minit lagi untuk tujuan ke Mardin yang sejauh 200km dengan tambang sebanyak TL 30. Sepanjang perjalanan aku dapat melihat sempadan Turkey/Syria dan terbayang-bayang apakah nasib saudaraku di sana pada ketika ini. Semoga Allah membantu mereka. Bas ini melalui lebuh raya D400 dengan permukaan jalan yang rata dan trafik yang lancar. Sesekali aku liat terdapat telaga-telaga minyak di sempadan Syria yang sememangnya kaya dengan hasil petroleum. Banyak kem-kem anggota keselamatan di sepanjang lebuh raya ini yang memaksa bas berhenti seketika untuk pemeriksaan.
Aku berkesempatan membeli pisang sebagai alas perut kerana tidak berkesempatan makan tengah hari di Cizre tadi. Bas akhirnya berhenti di Kiziltepe, aku dan sebahagian penumpang yang lain terpaksa berpindah menaiki Dolmus untuk ke Mardin yang hanya berbaki 70km lagi. Aku mula menghubungi Zeynep hostku untuk memberitahu yang aku bakal tiba dalam masa 1 jam lagi. Beliau memberitahu supaya menunggunya di Alihansoy. Pemandu kemudian memberhentikan aku ditepi jalan berhampiran stesen minyak. Sekitar 1700H Zeynep pun tiba dan kami bersama-sama berjalan kaki pulang ke apartmentnya yang berada di kawasan belakang stesyen minyak Alihansoy. Perjalanan ke rumahnya agak curam menaiki bukit dan aku yang tercungap-cungap keletihan untuk sampai. Zeynep yang ramah banyak berbual denganku dan sering bertanya tentang budaya, makanan dan pantai di Malaysia. Beliau memesan Lamahjun sebagai makan malam dan menyediakan kopi istimewa pistacio yang rasa berlemak dan pahit. Layanannya yang sangat baik membuatkan masa berlalu begitu pantas. Tanpa ku sedari jam menunjukkan hampir tengah malam dan beliau membantu menyediakan tempat tidur di ruang tamu. Aku pun masuk tidur setelah selesai membasuh baju.

Tempat tidurku semalam
Bersama Mahmut
Batman Otogari
Telaga minyak
Menyeberangai Sungai Tigris selepas pemeriksaan anggota keselamatan
Menuju masuk ke pekan Cizre
Suasana di pekan Cizre
Sekitar koridor pejalan kaki
Sebelum pemeriksaan kedua anggota keselamatan
Akhirnya Masjid Nabi Nuh A.S di dalam pandangan mata
Dewan solat Masjid Nabi Nuh A.S
Makam Nabi Nuh A.S
Makam Nabi Nuh A.S
Pemandangan keseluruhan kompleks
Sedikit catitan mengenai Nabi Nuh A.S
Makam Ismail Ebul-Iz El Cezeri
Kawasan perkuburan awam Cizre
Pemandangan sepanjang perjalanan Cizre-Mardin
Sempadan Turki-Syria
Berhenti di Alihansoy, Mardin
0 ulasan:
Catat Ulasan