Aku berjumpa dengan warga Iran yang beragama Kristian di atas feri tersebut. Beliau bersama temannya ke Van atas tujuan kerja dan mengambil peluang melawat monastri di pulau tersebut. Pertuturannya dalam Bahasa Inggeris agak lancar yang membolehkan kami bertukar-tukar pendapat. Katanya, tentera Islam sangat kejam membunuh warga Kristian Armenia yang mendiami hampir keseluruhan Van semasa perang di era kegemilangan empayar Uthmaniah. Mengetahui isu ini agak sensitif aku cuba mengalihkan topik perbincangan dan banyak membincangkan tentang orang-orang Majusi ataupun Zardush dalam bahasa Farsi di Iran yang menyembah api. Tidak lama kemudian kami pun sampai di jeti Pulau Akdamar. Di pulau ini terdapat sebuah gereja lama yang bernama Cathedral of the Holy Cross dibina sekitar 900an semasa pemerintahan King Gagik I Artsruni iaitu Raja Armenia. Struktur bangunan disini telah dibina kembali dan dipulihara sebelum ia dibuka untuk lawatan para pelancong sekitar 2005. Kami bersiar-siar di sekitar pulau dan gereja sebelum pulang ke jeti. Pemandangan disini sememangnya cantik dengan air yang membiru dan ianya lebih indah sewaktu musim bunga. Untuk kembali ke bandar Van kami terpaksa mengambil teksi ke Gevas yang berharga TL 24 untuk perjalanan sejauh 5 kilometer dan bas ke Otogar. Nihan sudah awal-awal lagi memberitahu kami yang harga teksi di Turki memang mahal dan tiada perkhidmatan seperti Uber atau Grab. Sepanjang perjalanan balik kami hanya tertidur kepenatan dan berhenti makan di kedai semalam dengan menaiki bas percuma dari Otogar ke pusat bandar. Kali ini kami makan nasi bersama kebab kerana sudah berhari-hari tidak makan nasi. Satu hidangan berharga TL 10. Memandangkan hari masih lagi awal, kami menuju ke Van Kale iaitu Kubu Van yang tidak jauh dari pusat bandar dengan menaiki bas tertulis Kale. Kubu ini telah dibina oleh empayar Urartu sekitar tahun 9 SM. Ianya adalah satu binaan kubu batu yang besar dibina di atas bukit menghadap Tasik Van. Terdapat juga inskripsi di atas batu oleh Xerxes the Great yang diukir sekitar tahun 5 SM. Ianya adalah satu-satunya inskripsi empayar Achaemenidian yang berada diluar Iran. Kami tercari-cari jalan masuk ke dalam kubu ini dan terus memasuki kawasan kubu melalui pagar-pagar yang telah dirobohkan. Pendakian yang memakan masa 30 minit terpaksa dilakukan untuk sampai ke bahagian atas kubu. Penat lelah kami akhirnya terubat dengan berpeluang menyaksikan matahari terbenam di ufuk timur Tasik Van. Nihan mengajak kami untuk tidur dirumahnya pada malam ini memandangkan Hasan agak sibuk. Kami hanya bersetuju dan terus menuju ke rumahnya. Seorang lelaki yang tempatan membantu kami menaiki bas pulang ke pusat bandar walaupun dirinya bertongkat satu.
Nihan sering menelefonku dan bercakap dengan pemandu bas untuk memastikan kami berhenti di tempat yang sepatutnya. Sebaik sahaja turun dari bas aku hanya mengikut pandu arah berdasarkan lokasi pin yang diberikannya melalui aplikasi WhatsApp. Akhirnya kami sampai di apartment mereka setelah tersesat beberapa kali. Kami sempat berbual hanya beberapa minit bersama Koray dan Nihan sebelum mereka keluar untuk ke berparti di rumah kawannya menyambut hari lahir. Aku berasa amat kecewa ditinggalkan terkontang-kanting dan terkurung di dalam rumahnya. Pada ketika ini kami sudah terlalu letih untuk keluar lagi malam ini dan hanya mahu meluangkan masa untuk bersembang dengan mereka. Puas juga kami bermain internet dan menonton televisyen sementara menanti mereka pulang. Aku dapat merasakan yang mereka bakal pulang lewat dan sememangnya kami hanya membuang masa ke sini. Hasan pula mempunyai masalah dengan rakan bandnya dan tidak berkelapangan untuk mengambil kami. Akhirnya kami terkandas di sini selama lebih 3 jam sebelum Hasan datang menyelamatkan kami untuk pulang ke rumahnya sekitar 2330H. Hasan kelihatan letih dan tidak bermaya jadi kami tidak mahu mengganggunya dan terus masuk tidur.
Terminal feri untuk ke Akdamar Island
Kami terus meneroka bukit berdekatan untuk melihat lebih dekat kawanan kambing bebiri
Akhirnya kami sampai
Kambing diluar ni kepunyaan tuan yang lain
Bersama penggembala kambing
Meninggalkan tanah besar
Jeti Akdamar Island
Armenian Cathedral of the Holy Cross
Biara utama
Bangunan diluar yang masih kukuh
Sudut pandangan belakang
Pandangan dari hujung pulau
Gambar terakhir sebelum bertolak pulang
Berada di dalam feri lebih panas
Tinjauan dari atas Istana Van
Pintu masuk yang dibina semula
Bukit yang tinggi dan merbahaya
Terdapat masjid dibina di atas puncak
Sunset dari Istana Van
Antara struktur bangunan lama yang masih ada
Menuruni bukit pulang ke rumah
0 ulasan:
Catat Ulasan