Perancangan aku pagi ini adalah untuk keluar bersama-sama Elise dan Paige namun setelah bersiap-siap tiada seorang pun bangun dari tidur. Keadaan cuaca pagi ini juga tidak begitu baik dengan hujan lebat. Aku terus mencari maklumat terperinci mengenai Egil setelah terbaca sedikit maklumat dari buku pelancongan yang aku ambil semalam di Dag Kapi. Sehingga jam 1000H hujan masih lagi turun dan aku masih bersendirian. Merasakan mataku masih lagi berat, aku membuat keputusan untuk menyambung tidur. Terjagaku dari tidur beberapa jam selepas itu dan mendapati mereka pun sudah keluar walaupun keadaan diluar masih hujan. Aku tidak mempunyai baju hujan atau payung dan pastinya akan basah kuyup kalau keluar. Hakan dan Weifa yang baru sahaja bangun mengajakku untuk bersarapan pagi dikala waktu sudah masuk tengahari. Sarapan pagi hanyalah roti beserta keju dan telur. Susu lembu yang segar menjadi minuman yang terbaik untuk aku memulakan hari setelah beberapa jam kelaparan dari awal pagi. Setelah kekenyangan aku memutuskan untuk berehat sahaja di rumah memandangkan badanku lesu dan memerlukan rehat yang cukup setelah hampir 3 minggu di jalanan. Hakan mula berkongsi tentang kejuruteraan gigi yang di apartmentnya ini beliau mampu membuat gigi palsu dari chromium. Dan isterinya, Weifa sedang memakai gigi chromium, patulah kelihatan cantik dan tersusun sahaja giginya. Sebatang gigi yang siap pasang akan dicaj sekitar TL 1500. Mahal sungguh dan tidak pernahku tahu ada gigi yang semahal ini. Di salah satu biliknya beliau menunjukkan ketuhar bersaiz besar dan kecil untuk membakar gigi sebelum ia boleh digunakan. Aku sungguh kagum dengan apa yang beliau lakukan. Kebanyakkan pelanggannya adalah orang-orang kaya yang ingin kelihatan cantik. Harga yang ditawarkannya adalah sedikit murah dari harga pasaran.
Kemudian, Hakan menunjukkan musik video yang diarahkan beliau diadaptasi video musik terkenal Hollywood. Weifa yang ingin mengetahui lebih mendalam mengenai Malaysia mula bertanyakan kepada tentang industri dan perniagaan yang banyak dilakukan di sana. Beliau yang tidak bekerja ingin mencuba sesuatu untuk dijadikan perniagaan disini disamping membantu Hakan. Sedang kami asyik bersembang, Paige dan Elise pulang dengan basah kuyup. Mereka sempat berjalan ke sekitar bandar lama sebelum pulang semula ke rumah kerana cuaca yang tidak mengizinkan. Weifa mula memasak untuk makan malam dan katanya sesuatu yang istimewa dari Morroco dan aku menyambung bersembang dengan Paige dan Elise. Mereka memberitahuku sedikit sebanyak informasi mengenai pengangkutan awam dan tempat-tempat menarik di bahagian Istanbul Eropah dan Asia. Elise memulakan perbincangan mengenai Islam dan beliau amat tertarik nilai-nilai murni yang diterapkan agama suci ini. Aku cuba untuk menyampaikan sebaiknya untuk membolehkan beliau faham lebih mendalam mengenai Islam. Makan malam pada malam ini adalah masakan tradisional Morocco berupa nasi sayur dan daging. Masakan Hakan dan Weifa sememangnya sangat sedap jadi tidak hairanlah mereka dapat bersama kerana berkongsi hobi yang sama iaitu memasak. Aku juga sempat bertanya kepada Hakan tentang bas ke Egil pada esok hari. Seperti malam semalam, kami menonton filem bersama dan sekali lagi aku banyak tertidur di sofa. Selesai menonton filem, Weifa berjanji untuk bangun awal pada esok pagi untuk menyediakan sarapan pagi. Aku mengatakan tidak perlulah bersusah-susah untuk bangun awal kerana aku akan keluar awal pada esok pagi.
Pemandangan dari aparment Hakan
Makan malam
Muka sebelum aku tertidur haha
0 ulasan:
Catat Ulasan