Aku kemudian makan kebab di kedai sekitar dengan harga TL 10. Nermin menghubungiku untuk memberitahu yang beliau akan berada di kawasan pekan dalam masa 2 jam lagi. Memandangkan masih terdapat masa terluang, aku pun ke Çifte Minareli Madrasah yang hanya 10 minit perjalanan. Ianya telah dibina sekitar 1200an oleh Khudavand Khatun anak perempuan kepada Sultan Seljuk, Kayqubad I. Tujuan pembinaannya adalah sama seperti madrasah-madarasah yang lain iaitu untuk mendalami agama Islam. Disini bangunannya kosong dan tidak mempunyai bahan pameran. Hanyalah laman di tengah-tengah bangunan dan terdapat juga bilik di tingkat 2 madrasah. Bersebelahan dengannya ialah Ulu Cami ataupun Masjid Atabey yang dibina sekitar 1100an pada zaman pemerintahan Melik Nasirüddin Muhammed Bey, salah seorang pemerintah Seljuk apabila mereka mula menguasai Anatolia daripada Kristian Byzantine. Kebanyakkan penduduk tempatan akan datang ke sini untuk solat Jumaat. Kemudian aku ke belakang madrasah untuk menziarahi makam Üç Kümbetler ataupun Three Cumbets. Makam yang paling besar ialah makam Emir Saltuk pemerintah kerajaan Saltukids dan 2 makam lagi tidak dapat dipastikan pemiliknya. Makam yang telah dibina sekitar 1200an ini amat unik reka bentuknya dengan octagonial pada tapak dan diakhiri dengan dome pada bahagian atasnya dipengaruhi reka bentuk dari Seljuk, Armenian dan Georgian. Aku kemudian bergerak semula ke Yakutiye Madrasah untuk menanti Nermin yang sedang dalam perjalanan ke sana. Dia datang bersama pelajarnya Nina dan kami kemudian ke kedai violin sekadar untuk survey kerana beliau baru sahaja memulakan kelas bermain violin bulan ini. Nina harus pulang ke hostel dan kami berjalan-kaki pulang menghantarnya. Sepanjang perjalanan pulang, aku dapat melihat ramai para pelajar menuju ke pekan. Kata Nermin mereka baru sahaja selesai kuliah. Terdapat 2 universiti yang besar disini iaitu Ataturk Universiti dan Teknik Universiti jadi tidak hairanlah terdapat ramai anak-anak muda di pekan kecil ini. Kelihatan dedaunan yang kekuningan di pohon pokok sudah banyak luruh dan memenuhi tanah. Menjadikan pemandangan semasa menghantar Nina semakin asyik. Kami mengambil peluang untuk bergambar bersama sebelum menghala ke pejabat Nermin. Katanya, Timbalan Rektor fakultinya ingin berjumpaku. Aku sangat berbesar hati dan hanya mengikut Nermin. Bilik Timbalan Rektor, Prof. Dr. Sezai sangat besar dan pembantunya menyediakan kami kopi beserta sedikit manisan untuk. Dr. Sezai banyak menceritakan pengalamannya menghadiri persidangan dan mesyuarat di Kuala Lumpur dan beliau sangat menyukai orang Malaysia. Jadi tidak hairanlah beliau menjemputku kemari. Pertemuan diakhiri dengan sesi bergambar dan aku memberitahunya untuk menghubungiku jika datang ke Malaysia lagi.
Nermin memberi aku kunci rumah kerana beliau hendak keluar sebentar bersama rakan kerjanya. Aku merancang untuk menginap satu malam lagi disini sebelum bergerak ke Diyarbakir. Namun, setelah memeriksa Aerobilet.com ternyata hanya terdapat bas pada waktu malam sahaja. Jadi aku terpaksa keluar dari Erzurum malam ini. Niatku ini terus diberitahu kepada Nermin dan tidak lama kemudian pulang ke rumah. Aku memberikan cenderamata kepadanya dan beliau sangat gembira dengan pemberian ini. Katanya walaupun kedatanganku adalah sangat singkat namun amat bermakna kerana banyak yang dapat kongsikan dan lakukan bersama-sama. Dia menjemputku untuk datang kembali ke sini pada bila-bila masa. Beliau yang juga banyak melancong ke Eropah berkata akan ke Malaysia suatu hari nanti. Kali ini aku berjaya membeli tiket bas dari aplikasi Aerobilet.com yang berharga TL 60 untuk perjalanan sejauh 300km. Perkara yang sukar untuk dilakukan kepada setiap hostku adalah mengucapkan selamat tinggal. Untuk meninggalkan seseorang yang baik dan sering membantuku bukanlah mudah dan Nermin termasuk dalam salah seorang mereka. Kataku kepada Nermin, sahabat yang baik adalah umpama bintang di langit, kamu tidak akan dapat selalu melihatnya tetapi dia tetap berada disitu untukmu. Aku keluar menanti bas bernombor K4 seperti yang diberitahu Nermin untuk ke otogar. Sampainya disana, aku mengambil tiket di kaunter berdasarkan nombor booking setelah membeli tiket secara atas talian. Sebaik sahaja masuk ke dalam bas aku pun terus tertidur.
Yakutiye Madrasah
Bahagian tengah iwan
Antara barang-barang pameran
Solat Zuhur di Masjid Lala Mustafa Pasha
Dewan solat
Cifte Minareli Madrasah
Terdapat taman kecil ditengah-tengah
Pemandangan dari tingkat dua
Dari sudut belakang madrasah
Uc Kumbetler
Three Cumbets
Masjid Narmanli
Makcik-makcik sedang bersiar-siar
Perjalanan menghantat Nina
Bergambar di taman
Tiba di fakulti Nermin bekerja
Bersama Timbalan Rektor Dr Sezai
Front office
Otobus Terminali
Mengambil tiket dikaunter
0 ulasan:
Catat Ulasan