Hasan menghantar kami ke Otogar sejam awal sebagai persiapan awal dan membeli tiket bas ke Rize. Aku mengucapkandan selamat tinggal dan berterima kasih kepadanya kerana banyak membantu dan melayan kerenah kami. Penjaga kaunter memberikan tiket bas setelah membayar TL 120 untuk seorang. Perjalanan sejauh 700km bakal mengambil sekitar 12jam dengan melalui bandar-bandar kecil seperti Ercis, Agri, Erzurum, Gumushane dan Trabzon. Aku membeli magnet dan keychain sebagai cenderemata sebelum menaiki bas. Tempat duduk adalah berkembar di bahagian kiri dan kanan dengan laluan untuk berjalan ditengahnya. Tempat duduk agak kecil untuk tubuhku yang besar dan aku akan cuba untuk menyesuaikan diri untuk perjalanan yang panjang ini. Sangkaanku adalah bas ini akan melalui lebuh raya dengan kelajuan paling kurang 100km/h namun segala meleset. Bas hanya melalui jalan antara bandar yang kecil dan sempit dan kadang-kadang jalannya agak teruk. Walaupun begitu, terdapat seorang pelayan yang akan memberikan minuman dan makanan ringan setiap beberapa jam. Sempat juga aku melayan perasaan dengan menikmati matahari terbenam dari tingkap bas sebelum tertidur. Bas banyak berhenti-henti untuk menurunkan dan mengambil penumpang disepanjang perjalanan membuatkan tidurku tidak lena. Setiap kali bas berhenti aku akan sentiasa memerhatikan kedudukan bas di dalam peta MAPS.ME untuk memeriksa jarak kami untuk sampai ke Rize. Bas juga berhenti sekitar tengah malam di kedai Kral Kome Pestil berhampiran Gumushane selama 30 minit untuk para penumpang makan dan ke tandas. Aku tidak membeli apa-apa kerana harganya yang agak mahal dan hanya memakan bekalan makanan yang dibeli di Otogar Van tadi. Perjalanan diteruskan dan aku menyambung menonton video cerita di kaca LCD sebelum kembali menerjah ke alam maya.
Hasan sedang menyediakan sarapan pagi
Tiket bas dari Van ke Rize
Bas yang kami naiki
Bas dilengkapi LCD TV dan makanan dan minuman ringan
Sunset berlatar belakangkan Vangol (Tasik Van)
Bas berhenti di Kral Petil Kome berhampiran Gumushane
0 ulasan:
Catat Ulasan