Di sini kami menunggu hampir 1 jam dan memutuskan mengubah tempat menunggu selepas dilihat trafik yang kurang di jalan keluar dari Naein ke Naein-Ardakan Expressway. Kami berjalan sedikit untuk keluar ke lebuhraya dan mula untuk menahan kenderaan disitu. Terdapat juga bas-bas berhenti namun aku abaikan. Aku sudah mula merasai keletihan dan mula berkira-kira untuk bermalam di sekitar kawasan itu sekiranya kami terkandas. Dengan nikmat Allah, akhirnya sebuah kenderaan berhenti dengan kawasan sekitar mulai gelap. Dia mengisyaratkan supaya kami memberi duit minyak untuk perjalanan yang berbaki 160km dan kami tidak mempunyai banyak pilihan selain mengangguk setuju. Sepanjang perjalanan tidak banyak yang dapat dilihat kerana kegelapan sudah mengisi ruang langit padang pasir ini. Pemandu tersebut juga tidak banyak berinteraksi dengan kami. Yazid yang berada di tempat duduk belakang hanya tidur dan aku yang berada di sebelah pemandu kekal berjaga untuk menghadapi segala kemungkinan yang bakal terjadi. Kereta keluar dari lebuhraya dan menuju ke kawasan perindustrian Zarch yang berada di kawasan yang tidak dilimpahi lampu jalan untuk mengambil rakannya. Aku tidak pernah lupa untuk berdoa setiap kali memulakan perjalanan kerana aku yakin setiap perkara baik atau buruk yang terjadi tidak akan terjadi tanpa kuasaNya. Segalanya yang terjadi sepanjang perjalanan ini adalah diatas kehendakNya dan bukanlah kebetulan. Aku menunjukkan alamat host, Nima yang berada di sekitar kawasan Razmandagan dan beliau yang mengangguk setuju. Kami dihantar sampai ke sebuah gudang yang besar dan mula bertanya kepada seorang gadis yang berada di pintu masuk. Dan seperti biasa masalah komunikasi membantutkan niat kami. Aku mengatakan adakah ini rumah Nima sambil menunjukkan nombor telefonnya dan alamat yang diberikan dalam Farsi. Dia mengatakan “Amir bos amir bos”. Siapa pula Amir Bos ni? Aku cuba menelefon Nima namun tiada jawapan, namun gerak hati mengatakan untuk berhenti disini. Tidak lama kemudian, seorang pakcik datang menjemput kami masuk ke dalam gudang tersebut dan kami membayar pemandu tersebut sebanyak 300K Rial sebagai duit minyak. Setelah masuk ke dalam gudang kelihatan para pemuda sedang rancak bermain futsal di dalamnya. Kami dibawa terus ke belakang dan menaiki tangga menuju ke sebuah bilik. Kami dihidangkan chai/teh oleh pakcik tersebut. Nima menghantar mesej yang menyatakan dia akan pulang dalam masa sejam lagi. Pakcik yang sangat teruja dan cuba berkomunikasi dengan bahasa isyarat, aku melayan sekadar yang termampu kerana keletihan. Tidak lama kemudian Nima pun pulang dan kami mula berkenalan dan berkongsi cerita. Nima ialah seorang pelajar universiti yang masih menuntut dan ingin memperbaiki penguasaan English menerusi Couchsurfing. Dia tidak pernah ke luar negara dan berhajat untuk ke USA. Gelanggang futsal ini adalah kepunyaan keluargannya dan dia menetap disini. Perbualan tidak berlarutan panjang kerana masing-masing sudah keletihan. Tempat tidurku adalah di ruang tamu yang dilapik tilam nipis sudah cukup selesa untuk kami tidur nyenyak sepanjang malam.
CENTRAL/WEST IRAN - 6.0 MUSAFIR DI PADANG PASIR
Kami memutuskan untuk meneruskan perjalanan ke timur menuju Yazd sejauh 320km dari sini. Dan yang pasti kami akan terus hitch hike. Perancangan kami adalah untuk memulakan perjalanan pada pukul 10am sebaik sahaja kehangatan sang mentari menyinari bumi Esfahan yang sejuk beraltitud 1500m dari aras laut. Bas No. 81 diambil menuju ke pusat bandar dengan tambang bas bernilai 10K Riyal. Sebaik sahaja sampai, aku cuba meminta bantuan dari orang tempatan mengenai bas yang dapat membawa kami ke timur bandar, Gavart/ گورت. Pemandu teksi juga menyapa kami dengan harga yang 150K Rial namun kami menolak. Kami terus meminta pertolongan namun ianya agak terhad kerana batas bahasa. Beberapa orang sudah mengerumuni kami dan akhrinya seorang makcik yang fasih English tampil memberi bantuan dan membawa kami ke hentian bas yang sepatutnya. Yang menariknya beliau juga seorang Couchsurfer! Beliau juga meninggalkan pesanan kepada penumpag bas yang lain supaya memberitahu kami supaya turun ditempat yang sepatutnya. Di dalam bas para penumpang cuba berinteraksi dengan kami dan akhirnya mereka telah berbalah sesama sendiri dan ada menyebut perkataan ‘terrorist’. Mungkin muka kami yang mirip Pakistan/India dan muka Yazid yang berjambang penuh. Kami dibantu untuk turun selepas bulatan di Hentian Bas Imam Zadeh/امام زاده ایستگاه اتوبوس yang berhampiran sebuah pasaraya membeli-belah. Kami terus berjalan menuju ke timur selama 30minit untuk sampai ke Safa Gas Station sebelum memulakan hitch hike. Selepas menunggu lebih kurang 30minit sebuah teksi menumpangkan kami untuk perjalanan sejauh 20km. Kami diturunkan selepas persimpangan ke lapangan terbang Shahid Beheshti. Dengan keaadaan yang berhabuk dan panas, aku berharap dapat menyambung perjalanan dengan secepat mungkin. Alhamdulillah, seorang pemuda yang bernama Amin menumpangkan kami sehingga ke Naein/نائین. Naim mampu bertutur di dalam English walaupun tidak fasih. Dia yang sebaya dengan kami masih bujang dan berkerja di Naein. Kami sempat berfoto bersama sebelum beliau meneruskan perjalanan ke pusat bandar. Di perhentian مسجد النبی تیر پارک, Yazid dan aku mengambil peluang untuk solat dan makan bekalan roti yang dibawa. Jam menunjukkan hampir 4pm dan kami perlu mendapat kenderaan seterusnya sebelum matahari terbenam lebih kurang 5.30pm. Kami terus berjalan menuju ke lebuhraya sejauh 1km.
Di sini kami menunggu hampir 1 jam dan memutuskan mengubah tempat menunggu selepas dilihat trafik yang kurang di jalan keluar dari Naein ke Naein-Ardakan Expressway. Kami berjalan sedikit untuk keluar ke lebuhraya dan mula untuk menahan kenderaan disitu. Terdapat juga bas-bas berhenti namun aku abaikan. Aku sudah mula merasai keletihan dan mula berkira-kira untuk bermalam di sekitar kawasan itu sekiranya kami terkandas. Dengan nikmat Allah, akhirnya sebuah kenderaan berhenti dengan kawasan sekitar mulai gelap. Dia mengisyaratkan supaya kami memberi duit minyak untuk perjalanan yang berbaki 160km dan kami tidak mempunyai banyak pilihan selain mengangguk setuju. Sepanjang perjalanan tidak banyak yang dapat dilihat kerana kegelapan sudah mengisi ruang langit padang pasir ini. Pemandu tersebut juga tidak banyak berinteraksi dengan kami. Yazid yang berada di tempat duduk belakang hanya tidur dan aku yang berada di sebelah pemandu kekal berjaga untuk menghadapi segala kemungkinan yang bakal terjadi. Kereta keluar dari lebuhraya dan menuju ke kawasan perindustrian Zarch yang berada di kawasan yang tidak dilimpahi lampu jalan untuk mengambil rakannya. Aku tidak pernah lupa untuk berdoa setiap kali memulakan perjalanan kerana aku yakin setiap perkara baik atau buruk yang terjadi tidak akan terjadi tanpa kuasaNya. Segalanya yang terjadi sepanjang perjalanan ini adalah diatas kehendakNya dan bukanlah kebetulan. Aku menunjukkan alamat host, Nima yang berada di sekitar kawasan Razmandagan dan beliau yang mengangguk setuju. Kami dihantar sampai ke sebuah gudang yang besar dan mula bertanya kepada seorang gadis yang berada di pintu masuk. Dan seperti biasa masalah komunikasi membantutkan niat kami. Aku mengatakan adakah ini rumah Nima sambil menunjukkan nombor telefonnya dan alamat yang diberikan dalam Farsi. Dia mengatakan “Amir bos amir bos”. Siapa pula Amir Bos ni? Aku cuba menelefon Nima namun tiada jawapan, namun gerak hati mengatakan untuk berhenti disini. Tidak lama kemudian, seorang pakcik datang menjemput kami masuk ke dalam gudang tersebut dan kami membayar pemandu tersebut sebanyak 300K Rial sebagai duit minyak. Setelah masuk ke dalam gudang kelihatan para pemuda sedang rancak bermain futsal di dalamnya. Kami dibawa terus ke belakang dan menaiki tangga menuju ke sebuah bilik. Kami dihidangkan chai/teh oleh pakcik tersebut. Nima menghantar mesej yang menyatakan dia akan pulang dalam masa sejam lagi. Pakcik yang sangat teruja dan cuba berkomunikasi dengan bahasa isyarat, aku melayan sekadar yang termampu kerana keletihan. Tidak lama kemudian Nima pun pulang dan kami mula berkenalan dan berkongsi cerita. Nima ialah seorang pelajar universiti yang masih menuntut dan ingin memperbaiki penguasaan English menerusi Couchsurfing. Dia tidak pernah ke luar negara dan berhajat untuk ke USA. Gelanggang futsal ini adalah kepunyaan keluargannya dan dia menetap disini. Perbualan tidak berlarutan panjang kerana masing-masing sudah keletihan. Tempat tidurku adalah di ruang tamu yang dilapik tilam nipis sudah cukup selesa untuk kami tidur nyenyak sepanjang malam.
Di sini kami menunggu hampir 1 jam dan memutuskan mengubah tempat menunggu selepas dilihat trafik yang kurang di jalan keluar dari Naein ke Naein-Ardakan Expressway. Kami berjalan sedikit untuk keluar ke lebuhraya dan mula untuk menahan kenderaan disitu. Terdapat juga bas-bas berhenti namun aku abaikan. Aku sudah mula merasai keletihan dan mula berkira-kira untuk bermalam di sekitar kawasan itu sekiranya kami terkandas. Dengan nikmat Allah, akhirnya sebuah kenderaan berhenti dengan kawasan sekitar mulai gelap. Dia mengisyaratkan supaya kami memberi duit minyak untuk perjalanan yang berbaki 160km dan kami tidak mempunyai banyak pilihan selain mengangguk setuju. Sepanjang perjalanan tidak banyak yang dapat dilihat kerana kegelapan sudah mengisi ruang langit padang pasir ini. Pemandu tersebut juga tidak banyak berinteraksi dengan kami. Yazid yang berada di tempat duduk belakang hanya tidur dan aku yang berada di sebelah pemandu kekal berjaga untuk menghadapi segala kemungkinan yang bakal terjadi. Kereta keluar dari lebuhraya dan menuju ke kawasan perindustrian Zarch yang berada di kawasan yang tidak dilimpahi lampu jalan untuk mengambil rakannya. Aku tidak pernah lupa untuk berdoa setiap kali memulakan perjalanan kerana aku yakin setiap perkara baik atau buruk yang terjadi tidak akan terjadi tanpa kuasaNya. Segalanya yang terjadi sepanjang perjalanan ini adalah diatas kehendakNya dan bukanlah kebetulan. Aku menunjukkan alamat host, Nima yang berada di sekitar kawasan Razmandagan dan beliau yang mengangguk setuju. Kami dihantar sampai ke sebuah gudang yang besar dan mula bertanya kepada seorang gadis yang berada di pintu masuk. Dan seperti biasa masalah komunikasi membantutkan niat kami. Aku mengatakan adakah ini rumah Nima sambil menunjukkan nombor telefonnya dan alamat yang diberikan dalam Farsi. Dia mengatakan “Amir bos amir bos”. Siapa pula Amir Bos ni? Aku cuba menelefon Nima namun tiada jawapan, namun gerak hati mengatakan untuk berhenti disini. Tidak lama kemudian, seorang pakcik datang menjemput kami masuk ke dalam gudang tersebut dan kami membayar pemandu tersebut sebanyak 300K Rial sebagai duit minyak. Setelah masuk ke dalam gudang kelihatan para pemuda sedang rancak bermain futsal di dalamnya. Kami dibawa terus ke belakang dan menaiki tangga menuju ke sebuah bilik. Kami dihidangkan chai/teh oleh pakcik tersebut. Nima menghantar mesej yang menyatakan dia akan pulang dalam masa sejam lagi. Pakcik yang sangat teruja dan cuba berkomunikasi dengan bahasa isyarat, aku melayan sekadar yang termampu kerana keletihan. Tidak lama kemudian Nima pun pulang dan kami mula berkenalan dan berkongsi cerita. Nima ialah seorang pelajar universiti yang masih menuntut dan ingin memperbaiki penguasaan English menerusi Couchsurfing. Dia tidak pernah ke luar negara dan berhajat untuk ke USA. Gelanggang futsal ini adalah kepunyaan keluargannya dan dia menetap disini. Perbualan tidak berlarutan panjang kerana masing-masing sudah keletihan. Tempat tidurku adalah di ruang tamu yang dilapik tilam nipis sudah cukup selesa untuk kami tidur nyenyak sepanjang malam.
0 ulasan:
Catat Ulasan