Ahad, 15 Januari 2017

CENTRAL/WEST IRAN - 2.0 LAND OF THE ARYANS

Aku terjaga agak awal meskipun tidur lewat semalam. Minda separuh sedar seakan-akan bercelaru memerhatikan gadis, getus hatiku Behnaz yang keluar masuk tandas hanya tersenyum tanpa menyapa. Rumah itu hanya mempunyai 2 bilik, Sorena dan gadis itu keluar dari bilik yang sama. Aku bersiap dan solat sementara menunggu mereka bangun tidur. Sekitar 7am dua orang gadis keluar dari rumah itu. Tak mungkin Behnaz ada 2 orang! Tidak lama kemudian keluar seorang lagi gadis dan memperkenalkan diri sebagai Behnaz. Ohh okey yang tadi tu mungkin adiknya. Kami bersembang seketika sementara mak Behnaz menyediakan sarapan. Behnaz menyatakan bahawa adik kembarnya telah berpindah ke situ untuk memudahkan perjalanan mereka ke universiti dan emaknya pula hanya melawat mereka sempena Yalda Night. Patutlah muka sama tadi masuk toilet. Perbualanku dengannya membuatkan Sorena terjaga dari tidur spontan menjawab soalan-soalanku kepada Behnaz untuk diterjemahkan dalam English. Sarapan kami, roti seakan-akan nan mamak tapi nipis disapu jem carrot dan krim sememangnya sedap beserta teh panas. Aku merasakan yang kami masih letih dan bercadang untuk hanya berehat di rumah ini sambil mengetahui lebih lanjut mengenai Iran. Behnaz bekerja sebagai swimming coach dan Sorena seorang film producer. Sorena juga meminati music genre rock dimana dia dan Yazid saling bertukar lagu untuk dimasukkan ke dalam komputer beliau. Video-video produksi beliau memang bertaraf antarabangsa, antara yang dikongsikannya ialah video mempromosikan pelancongan di Sri Lanka. Banyak juga yang dibualkan kerana aku pernah ke sana untuk misi the biggest animal on earth tahun yang lalu.

Kami banyak menghabiskan masa di dalam working room di mana terletak set gitar elektrik dan working space Sorena. Kesemua kami berada di dalam bilik tersebut berkongsi tentang cerita pengembaraan masing-masing. Antara perkongsian yang paling berharga ialah mengenai hitch hiking dimana mereka bersama 2 orang rakan mereka yang lain hitch hike dari Tehran ke Barat Iran menggunakan lori trak! Gambar-gambar dari trip sememangnya penuh makna. Hitch hiking ialah bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain secara percuma dengan menumpang apa-apa jenis kenderaan. Lunch kami disajikan dengan Khorme Sabzi makanan tradisional yang berasaskan kacang, herba, minyak dan daging. Tiada masalah untuk menghabiskannya! Kami meninggalkan rumah mereka sekitar jam 3pm untuk ke Ferdowsi Square menukarkan wang dan pertama kalinya menggunakan kan Snapp dengan bantuan Sorena. Pengalamannya pertama surfing bersama Iranian tidak menghampakan, open minded, very informative, generous and high hospitality.

Kadar tukaran wang disini tidak banyak berbeza dengan money changer airport. Kami seterusnya berjalan-jalan di sekitar sambil menikmati chai/teh panas dan berlegar-legar disekitar bazaar. Sembahyang Maghrib di masjid berdekatan yang solatnya tidak diimami sesiapa pun. Disitu kami mendengar azan dan memerhati pergerakan solat mazhab Syiah yang sedikit berbeza dari Sunni. Terdapat juga yang menyapa dari mana kami berasal, agama dan mazhab yang dianuti. Jawapanku adalah sejujurnya dan dari mereka hanya tersenyum apabila mendengarnya. Hajatku ingin bertanya lebih lagi namun komunikasi yang membataskan kami. Kemudian kami ke rumah Ali & Azita menaiki motor teksi. Pengalaman pertama menunggang motor dengan 3 orang penumpang berserta 2 bagpacks! Traffic di Tehran memang sangat sibuk dan motor berjaya menyelit dicelah-celah kesesakan itu. Kami tiba di rumah mereka sekitar jam 7pm dan Ali banyak membantu aku memperbaiki itinerary. Dia juga banyak memberi maklumat tentang Cyrus the Great, Archamedians Kings dan sedikit sejarah revolusi Iran. Mereka berdua telah berhenti kerja sebagai pengurus syarikat swasta sebagai persiapan untuk pengembaraan mengelilingi dunia. Ali kemudian menghantar kami menaiki motorsikalnya ke destinasi terakhir hari ini yang tidak jauh dari situ. Sahar dan Saleh menanti kami dengan penuh senyuman. Dinner kami adalah bubur,Ash. Sahar bekerja di hospital dan seorang mountaineer yang sangat fit. Saleh pula baru menghabiskan national service selama 2 tahun dan bakal memulakan kerja di luar negara. Sahar sangat mengambil berat akan keadaan kami yang sepatutnya sampai semalam ke rumahnya tetapi kami memilih rumah Sorena. Katanya semalam dia tidak lena tidur dan sering kali melihat telefon jika ada call atau message yang sampai dari aku. Dia banyak membantu untuk persiapan hitch hike sulung kami dan menggalakkan kami mencubanya. Kami hanya mengiakannya sahaja dan sangat terbuka untuk sebarang cabaran. Walaupun pada awalnya aku tidak pasti tujuan membawa pen marker untuk trip ini, namun malam ini Tuhan telah memberikan jawapan - untuk terus percaya kepadaNya. Route esok akan detour ke Qom memandangkan kami tidak berada lama di Tehran sebelum meneruskan perjalanan ke Kashan. Sebelum terlelap tidur di atas sofa, aku bersyukur ke hadrat Ilahi dengan pertolongan yang bertalu-talu diberikanNya melalui setiap insan yang kami jumpa di bumi Iran.







0 ulasan:

Catat Ulasan