Kebanyakan masjid dan makam disini tempat berwuduk dan tandas terletak agak jauh dari dewan sembahyang. Jadi kalau berniat untuk solat digalakkan mengambil wudhu diluar terlebih dahulu. Setelah selesai, kami berjalan keluar dari kawasan kompleks sejauh 2km untuk menuju ke Fars Khalifa Jadde/Persian Gulf Highway yang menuju ke selatan negara. Berdebar-debar perasaan pertama kali cubaan untuk hitch hike ni! Sesekali fikiran negatif menyapa minda ini tetapi aku tiup jauh-jauh sambil mengingati pesan Ali yang sentiasa mahukan kami berfikiran positif semasa mengembara. Aku juga berpesan kepada Yazid, if anything happen to me tell my family that I love them so much. Dengan membaca sepotong ayat Al-Quran aku mulakan usaha kami dengan mengangkat kertas bersaiz A4 tertulis 'قم / Qom'. Alhamdulillah tidak sampai 5 minit sebuah kereta berhenti dan aku menyerahkan ‘magic letter’ yang ditulis Sahar. Pemandu itu mengangguk setuju dan itulah perjalanan pertama hitch hike kami dari Tehran ke Qom sejauh 130km. Sepanjang perjalanan aku hanya berbahasa isyarat dengan Ibrahim, pemandu kereta itu dan sesekali menggunakan sedikit bahasa Parsi yang telah dipelajari semalam. Moment of the day ialah berada di dalam kereta seseorang yang baru 10minit kenal, berlatar-belakangkan music dance Iran sambil memerhati padang pasir yang luas dihiasi gunung-ganang di penghujung pemandangan.
Kami menyatakan hasrat ke Qom adalah untuk ke Makam Fatimah al-Masoumeh, iaitu kakak kepada Imam Reza. Ibrahim menghantar kami terus ke perkarangan kompleks. Kami mengucapkan merci/terima kasih dan khoda hafiz/selamat tinggal kepadanya sebelum memeluknya. Dengan apa yang telah terjadi sepanjang 3 hari di Iran, boleh ku katakan yang hospitality Iranian memang antara yang terbaik pernah ku alami! Di Qom hampir kesemua wanita berjubah hitam tidak seperti di Tehran yang rata-rata berpakaian moden dan berwarna-warni. Dengan perut yang lapar kami singgah di kedai dan makan Falafel, sejenis burger tempatan yang berintikan sayur dan patty kacang dhal yang telah digoreng. Perjalanan diteruskan ke makam dan kelihatan lebih ramai pelawat menziarahi makam ini berbanding Makam Khomeini. Makam masih terletak dibawah kubah emas dan berdekatan pintu masuk. Terdapat juga makam-makam Imam Zadeh berdekatan makam utama. Kebanyakan pelawat berzikir, baca Al-Quran dan sembahyang sunat menghadap kiblat. Seni binanya sangat cantik dengan kaca dan cermin berkilauan dari setiap sudut makam! Selesai menziarahi makam, kami ke Masjid Imam Hasan al-Askari yang berdekatan untuk solat dan berehat seketika sambil menanti CSer Vahid untuk membantu kami mendapatkan hostel murah disini. Kami check-in ke Hotel Apadana Mosaferkhaneh yang berharga 600K Rial dilengkapi 3 katil single dan attached bathroom. Bilik yang terletak di tingkat 4 itu bersih,selesa dan sesuai untuk travellers. Receptionist meminta kami menyerahkan passport untuk simpanan mereka selagi kami di sini.
Malamnya kami berlegar-legar berhampiran makam dan bazar. Terdapat ramai orang menziarahi makam dan berjalan-jalan ke bandar kerana esoknya ialah hari minggu. Sempat juga kami menikmati chai/teh percuma dijalanan. Vahid sampai sekitar jam 8pm dan kami makan malam di kedai kebab. Satu hidangan 100K Rial dengan portion yang sangat banyak. Perbualan kami berlegar-legar mengenai travel dan budaya. Vahid ialah operator kepada sebuah syarikat Petrochemical disini dan sangat teruja tentang travel overseas. Pertemuan berakhir tidak lama kemudian kerana beliau mahu pulang awal. Aku selalunya menghadiahkan sedikit cenderamata dari Malaysia untuk setiap CSer yang ku jumpa dan Vahid tidak terkecuali. Maka berakhirlah hari ketiga kami yang dipenuhi dengan kejutan dan cabaran.
0 ulasan:
Catat Ulasan