Rabu, 18 Januari 2017

CENTRAL/WEST IRAN - PRELUDE

Syukur dengan nikmat dan rezekiNya, Yazid dan saya telah selamat mendarat di KLIA2 tengah hari semalam setelah berkelana selama lebih kurang tiga minggu di bumi Islamic Republic of Iran. Terima kasih di atas doa isteri, keluarga dan semuanya. Ini juga pertama kalinya travel bersama seorang rakan untuk berkongsi pengalaman dan tips sebagai seorang solo traveller. Di sini saya ingin berkongsi sedikit summary of the trip. Dan InsyaAllah akan menyusul nanti coretan mengenai perjalanan saya disana #dengannamatuhanakumengembara

Travel map : https://goo.gl/maps/SMEq4QAKXRk
Total Days : 21 Days
Total Mileage : 2670km
Total Milage by hitch-hike : 1164km, Tehran-Qom-Yazd / Shiraz-Gachsaran / Ahvaz-Shush
Total Cost : RM2000/USD450 excluding flight ticket and souvenirs
Transportation : Plane, Bus, Mini-bus, Shared-Taxi, Taxi, Car, SUV
Accommodation cost : RM80 for 2 nights in Qom/Ahvaz
Stay with local Couchsurfer in : Tehran, Esfahan, Yazd, Shiraz, Ahvaz, Shush, Borujerd, Hamedan
Activities : Sightseeing historical places, visiting tombs, nomads visit, cultural exchange with locals, introduction to skiing, mini-hiking
Remarks : It's safe and beautiful country with good peoples and hospitality






Selasa, 17 Januari 2017

CENTRAL/WEST IRAN - 0.0 INTRODUCTION

Idea untuk mengembara ke Iran bermula setelah mendengar cerita pengembaraan Han Urumqi yang telah melawat Makam Imam Reza di Mashad, Khorasan Provinces, Iran. Iaitu imam kelapan dalam Mazhab Syiah. Yang paling menarik perhatian aku ialah Iranian hospitality dan mazhab Syiah itu sendiri. Tarikan itu tidak sekuat pelawaan Saeede dari Tehran CSser yang pernah datang ke Kuala Lumpur pada tahun 2012. Namun aku masih tercari-cari masa yang sesuai sehinggalah menuju penghujung tahun 2016. Setelah memeriksa baki cuti tahunan, aku mempunyai total 45 hari bercuti termasuk off-days hari kerjaku. Setelah membahagikan sedikit masa untuk keluarga aku masih mempunyai 21 hari untuk dihabiskan. Dengan tidak teragak-agak aku memilih Iran sebagai destinasi kembara kali ini.

Semua pengembaraanku sebelum ini lakukan secara solo akan tetapi kali ni, aku tidak pasti kenapa Allah menggerakkan hatiku untuk menghubungi Yazid untuk mempelawanya mengikuti ku ke Iran. Sudah lama kami tidak travel bersama, kali pertama dan terakhir di Sabah pada tahun 2012. Dia tidak menunggu lama untuk memberi jawapan dan hanya bersetuju diatas semua planning untuk pengembaraan kali ini. Niat ku membawa Yazid adalah untuk berkongsi segala ilmu tentang solo traveling dan the art of Couchsurfing. Aku hanya mempunya lebih kurang 30 hari untuk merencana pengembaraan ini bermula dari route, host search and places. Tidak termasuk 2 minggu hari bekerja di laut dan kenduri kahwin adikku. Sesungguhnya aku kesuntukan masa.

Setelah mengambil kira jarak perjalanan dan suhu aku telah mengambil keputusan untuk melewati bahagian tengah dan barat Iran sahaja untuk pengembaraan kali ini. Yang menjadi penghalang ke utara Tehran, Tabriz ialah cuaca sejuk yang melampau jadi aku mengalihkan route ke bahagian barat Iran. Kami memohon 30days visa di Iran Embassy berdekatan Ampang Park yang berharga Rm25. Hampir kesemua tempat yang bakal ku lawati mempunyai host Couchsurfing. Barangkali profile ku yang agak menarik dan mempunyai 100+ references. Untuk tempat yang bakal dilawati kebanyakannya ialah istana, taman raja, masjid lama, dan makam. Itinerary kali ini tidak begitu details kerana inginkan flexibility along the way. Panduan perjalanan banyak terdapat di Facebook dan travelogue yang banyak di Internet. Kebanyakan memuji akan hospitality of Iranian.

Isnin, 16 Januari 2017

CENTRAL/WEST IRAN - 1.0 YALDA NIGHT

Aku dihantar ke Subang Airport oleh isteriku dan seterusnya mengambil bas ke KLIA2 yang perjalanannya mengambil masa 1 jam. Bagasiku hanya satu beg laptop yang diisi pakaian. Sampai di KLIA2 sekitar 4pm dan menanti Yazid di Burger King sebelum bergerak bersama ke International Departure. Tiada masalah sepanjang Immigration dan Luggage Checks. Aku tidak memesan sebarang makanan kerana maklumat dari Internet/blog mengatakan hidangan makanan akan diberikan secara percuma sebanyak 2 kali sepanjang 7jam perjalanan bersama D7776 Air Asia X. Return ticket yang aku beli berharga RM1300 basic without luggage and insurance. Paling murah sekitar RM700 semasa promosi. Yazid sempat berbual dengan seorang gadis Iran yang bercuti di Malaysia untuk surfing di Cherating, Pahang. Flight departed on time around 7pm dan sepanjang perjalanan hanya banyak tidur dan memerhatikan warga Iran di sekeliling yang memenuhi penerbangan ini.

Tiba di Khomeini International Airport sekitar 1100pm dan Immigration Clearance berjalan lancar tanpa banyak persoalan. Misi pertama di sini ialah menukar duit, beli sim card dan mengambil teksi ke rumah Sorena & Behnaz, host pertama kami di Tehran. Currency Exchange terdapat di 1st floor, Departure Hall dengan rate 1USD = 39000 Rial. Sim card Irancell with only 1.5G data for USD5 dan aku menambah 20000 Rial untuk call credit. Aku gagal menggunakan Snapp (Iran Grabcar) kerana sim card masih tidak activate dan terpaksa mengambil teksi 900K Rial terus ke destinasi. Rate Grabcar sekitar 400K direct ke pusat bandar. Suhu di Tehran sekitar 2deg Celsius dan aku memakai wool dan rain jacket untuk menahan kesejukan. Perjalanan mengambil masa 1 jam dan sampai terus dihadapan flat Behnaz. Aku menekan buzzer paling bawah dan syukur panggilanku disambut. Kami tidak banyak bercakap dengannya kerana jam menunjukkan 2am dan dia kelihatan seperti baru bangun tidur. Kami tidur di ruang tamu dengan tilam nipis dan ditemani heater yang menghangatkan the longest night - Yalda Night.

Ahad, 15 Januari 2017

CENTRAL/WEST IRAN - 2.0 LAND OF THE ARYANS

Aku terjaga agak awal meskipun tidur lewat semalam. Minda separuh sedar seakan-akan bercelaru memerhatikan gadis, getus hatiku Behnaz yang keluar masuk tandas hanya tersenyum tanpa menyapa. Rumah itu hanya mempunyai 2 bilik, Sorena dan gadis itu keluar dari bilik yang sama. Aku bersiap dan solat sementara menunggu mereka bangun tidur. Sekitar 7am dua orang gadis keluar dari rumah itu. Tak mungkin Behnaz ada 2 orang! Tidak lama kemudian keluar seorang lagi gadis dan memperkenalkan diri sebagai Behnaz. Ohh okey yang tadi tu mungkin adiknya. Kami bersembang seketika sementara mak Behnaz menyediakan sarapan. Behnaz menyatakan bahawa adik kembarnya telah berpindah ke situ untuk memudahkan perjalanan mereka ke universiti dan emaknya pula hanya melawat mereka sempena Yalda Night. Patutlah muka sama tadi masuk toilet. Perbualanku dengannya membuatkan Sorena terjaga dari tidur spontan menjawab soalan-soalanku kepada Behnaz untuk diterjemahkan dalam English. Sarapan kami, roti seakan-akan nan mamak tapi nipis disapu jem carrot dan krim sememangnya sedap beserta teh panas. Aku merasakan yang kami masih letih dan bercadang untuk hanya berehat di rumah ini sambil mengetahui lebih lanjut mengenai Iran. Behnaz bekerja sebagai swimming coach dan Sorena seorang film producer. Sorena juga meminati music genre rock dimana dia dan Yazid saling bertukar lagu untuk dimasukkan ke dalam komputer beliau. Video-video produksi beliau memang bertaraf antarabangsa, antara yang dikongsikannya ialah video mempromosikan pelancongan di Sri Lanka. Banyak juga yang dibualkan kerana aku pernah ke sana untuk misi the biggest animal on earth tahun yang lalu.

Kami banyak menghabiskan masa di dalam working room di mana terletak set gitar elektrik dan working space Sorena. Kesemua kami berada di dalam bilik tersebut berkongsi tentang cerita pengembaraan masing-masing. Antara perkongsian yang paling berharga ialah mengenai hitch hiking dimana mereka bersama 2 orang rakan mereka yang lain hitch hike dari Tehran ke Barat Iran menggunakan lori trak! Gambar-gambar dari trip sememangnya penuh makna. Hitch hiking ialah bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain secara percuma dengan menumpang apa-apa jenis kenderaan. Lunch kami disajikan dengan Khorme Sabzi makanan tradisional yang berasaskan kacang, herba, minyak dan daging. Tiada masalah untuk menghabiskannya! Kami meninggalkan rumah mereka sekitar jam 3pm untuk ke Ferdowsi Square menukarkan wang dan pertama kalinya menggunakan kan Snapp dengan bantuan Sorena. Pengalamannya pertama surfing bersama Iranian tidak menghampakan, open minded, very informative, generous and high hospitality.

Kadar tukaran wang disini tidak banyak berbeza dengan money changer airport. Kami seterusnya berjalan-jalan di sekitar sambil menikmati chai/teh panas dan berlegar-legar disekitar bazaar. Sembahyang Maghrib di masjid berdekatan yang solatnya tidak diimami sesiapa pun. Disitu kami mendengar azan dan memerhati pergerakan solat mazhab Syiah yang sedikit berbeza dari Sunni. Terdapat juga yang menyapa dari mana kami berasal, agama dan mazhab yang dianuti. Jawapanku adalah sejujurnya dan dari mereka hanya tersenyum apabila mendengarnya. Hajatku ingin bertanya lebih lagi namun komunikasi yang membataskan kami. Kemudian kami ke rumah Ali & Azita menaiki motor teksi. Pengalaman pertama menunggang motor dengan 3 orang penumpang berserta 2 bagpacks! Traffic di Tehran memang sangat sibuk dan motor berjaya menyelit dicelah-celah kesesakan itu. Kami tiba di rumah mereka sekitar jam 7pm dan Ali banyak membantu aku memperbaiki itinerary. Dia juga banyak memberi maklumat tentang Cyrus the Great, Archamedians Kings dan sedikit sejarah revolusi Iran. Mereka berdua telah berhenti kerja sebagai pengurus syarikat swasta sebagai persiapan untuk pengembaraan mengelilingi dunia. Ali kemudian menghantar kami menaiki motorsikalnya ke destinasi terakhir hari ini yang tidak jauh dari situ. Sahar dan Saleh menanti kami dengan penuh senyuman. Dinner kami adalah bubur,Ash. Sahar bekerja di hospital dan seorang mountaineer yang sangat fit. Saleh pula baru menghabiskan national service selama 2 tahun dan bakal memulakan kerja di luar negara. Sahar sangat mengambil berat akan keadaan kami yang sepatutnya sampai semalam ke rumahnya tetapi kami memilih rumah Sorena. Katanya semalam dia tidak lena tidur dan sering kali melihat telefon jika ada call atau message yang sampai dari aku. Dia banyak membantu untuk persiapan hitch hike sulung kami dan menggalakkan kami mencubanya. Kami hanya mengiakannya sahaja dan sangat terbuka untuk sebarang cabaran. Walaupun pada awalnya aku tidak pasti tujuan membawa pen marker untuk trip ini, namun malam ini Tuhan telah memberikan jawapan - untuk terus percaya kepadaNya. Route esok akan detour ke Qom memandangkan kami tidak berada lama di Tehran sebelum meneruskan perjalanan ke Kashan. Sebelum terlelap tidur di atas sofa, aku bersyukur ke hadrat Ilahi dengan pertolongan yang bertalu-talu diberikanNya melalui setiap insan yang kami jumpa di bumi Iran.







Sabtu, 14 Januari 2017

CENTRAL/WEST IRAN - 3.0 HITCH HIKING

Aku bangun sedikit awal untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Sahar yang keluar ke tempat kerja seawal jam 7pagi. Dia memesan supaya menyediakan sarapan sendiri dengan makanan yang ada dirumahnya. Kami hanya menjamu roti sementara menunggu Saleh bangun dan menghantar kami ke subway. Saleh juga memberi jawapan kepada persoalan kami tentang revolusi Iran, 1979. Kebanyakan persoalan diminda telah dirungkai seawal hari ketiga kami disini. Rangkaian subway mereka lebih besar dari Malaysia dengan pembinaan sedang berlangsung di bandar-bandar utama di luar Tehran. Kesesakan di dalan train seakan-akan waktu puncak di Kuala Lumpur walaupun jam menunjukkan 10pagi. Saleh akan menuju ke utara Tehran untuk pulang ke kampungnya manakala kami ke selatan menuju stesen Imam Khomeini Haramm. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai. Makam Imam Khomeini yang besar mudah kelihatan dari stesen setibanya kami di sana. Hanya berjalan kaki 10minit sebelum menaiki shuttle ke pintu utama. Beg tidak dibenarkan dibawa masuk dan dikehendaki disimpan diluar. Di pintu masuk terdapat security yang mengawal dan memeriksa setiap pelawat yang hadir. Kompleks ini masih lagi di dalam pembinaan terutama dibahagian luar. Seni binanya sangat cantik dan saiznya lebih besar dari masjid Shah Alam. Makam imam terletak di kubah yang berwarna emas dan di berhampirannya terdapat makam-makam Imam Zadeh. Di sayap kanan juga terdapat sebahagian pelawat sembahyang Zuhur secara berjemaah. Imam Khomeini ialah Presiden Iran selepas revolusi berlaku. Kebanyakan anak muda tidak berpihak kepada beliau. Mungkin kerana sentimen globalisasi yang lebih menyokong hak kebebasan berbanding agama Islam yang nampak seperti banyak mengongkong, Wallahualam

Kebanyakan masjid dan makam disini tempat berwuduk dan tandas terletak agak jauh dari dewan sembahyang. Jadi kalau berniat untuk solat digalakkan mengambil wudhu diluar terlebih dahulu. Setelah selesai, kami berjalan keluar dari kawasan kompleks sejauh 2km untuk menuju ke Fars Khalifa Jadde/Persian Gulf Highway yang menuju ke selatan negara. Berdebar-debar perasaan pertama kali cubaan untuk hitch hike ni! Sesekali fikiran negatif menyapa minda ini tetapi aku tiup jauh-jauh sambil mengingati pesan Ali yang sentiasa mahukan kami berfikiran positif semasa mengembara. Aku juga berpesan kepada Yazid, if anything happen to me tell my family that I love them so much. Dengan membaca sepotong ayat Al-Quran aku mulakan usaha kami dengan mengangkat kertas bersaiz A4 tertulis 'قم / Qom'. Alhamdulillah tidak sampai 5 minit sebuah kereta berhenti dan aku menyerahkan ‘magic letter’ yang ditulis Sahar. Pemandu itu mengangguk setuju dan itulah perjalanan pertama hitch hike kami dari Tehran ke Qom sejauh 130km. Sepanjang perjalanan aku hanya berbahasa isyarat dengan Ibrahim, pemandu kereta itu dan sesekali menggunakan sedikit bahasa Parsi yang telah dipelajari semalam. Moment of the day ialah berada di dalam kereta seseorang yang baru 10minit kenal, berlatar-belakangkan music dance Iran sambil memerhati padang pasir yang luas dihiasi gunung-ganang di penghujung pemandangan.

Kami menyatakan hasrat ke Qom adalah untuk ke Makam Fatimah al-Masoumeh, iaitu kakak kepada Imam Reza. Ibrahim menghantar kami terus ke perkarangan kompleks. Kami mengucapkan merci/terima kasih dan khoda hafiz/selamat tinggal kepadanya sebelum memeluknya. Dengan apa yang telah terjadi sepanjang 3 hari di Iran, boleh ku katakan yang hospitality Iranian memang antara yang terbaik pernah ku alami! Di Qom hampir kesemua wanita berjubah hitam tidak seperti di Tehran yang rata-rata berpakaian moden dan berwarna-warni. Dengan perut yang lapar kami singgah di kedai dan makan Falafel, sejenis burger tempatan yang berintikan sayur dan patty kacang dhal yang telah digoreng. Perjalanan diteruskan ke makam dan kelihatan lebih ramai pelawat menziarahi makam ini berbanding Makam Khomeini. Makam masih terletak dibawah kubah emas dan berdekatan pintu masuk. Terdapat juga makam-makam Imam Zadeh berdekatan makam utama. Kebanyakan pelawat berzikir, baca Al-Quran dan sembahyang sunat menghadap kiblat. Seni binanya sangat cantik dengan kaca dan cermin berkilauan dari setiap sudut makam! Selesai menziarahi makam, kami ke Masjid Imam Hasan al-Askari yang berdekatan untuk solat dan berehat seketika sambil menanti CSer Vahid untuk membantu kami mendapatkan hostel murah disini. Kami check-in ke Hotel Apadana Mosaferkhaneh yang berharga 600K Rial dilengkapi 3 katil single dan attached bathroom. Bilik yang terletak di tingkat 4 itu bersih,selesa dan sesuai untuk travellers. Receptionist meminta kami menyerahkan passport untuk simpanan mereka selagi kami di sini.

Malamnya kami berlegar-legar berhampiran makam dan bazar. Terdapat ramai orang menziarahi makam dan berjalan-jalan ke bandar kerana esoknya ialah hari minggu. Sempat juga kami menikmati chai/teh percuma dijalanan. Vahid sampai sekitar jam 8pm dan kami makan malam di kedai kebab. Satu hidangan 100K Rial dengan portion yang sangat banyak. Perbualan kami berlegar-legar mengenai travel dan budaya. Vahid ialah operator kepada sebuah syarikat Petrochemical disini dan sangat teruja tentang travel overseas. Pertemuan berakhir tidak lama kemudian kerana beliau mahu pulang awal. Aku selalunya menghadiahkan sedikit cenderamata dari Malaysia untuk setiap CSer yang ku jumpa dan Vahid tidak terkecuali. Maka berakhirlah hari ketiga kami yang dipenuhi dengan kejutan dan cabaran.








CENTRAL/WEST IRAN - 4.0 VVIP

Paginya kami check-out, mengambil passport dan bersarapan pagi dengan roti yang kami beli semalam sebelum menyambung perjalanan kami ke Kashan. Dari hostel kami ambil teksi - 80K Rial ke Farhangian Pool dan berjalan kaki menuju ke lebuh raya. Terdapat banyak paip-paip air di taman-taman, masjid dan kawasan bandar yang membolehkan kami mengisi air minuman. Hampir di kesemua bandar utama di Iran, air paipnya selamat untuk diminum. Pandu arah perjalanan semuanya berdasarkan Google Maps dan pertanyaan kepada orang tempatan yang sangat membantu. Setelah membaca doa, usaha untuk hitch hike bermula dengan kertas kami kali ini menunjukkan ` کاشان/Kashan'. Setelah hampir 10 minit sebuah kereta berhenti dan proses yang sama berulang kembali dan pemandu itu hanya mengangguk setuju membenarkan kami masuk. Namanya Mustafa dan aku berinteraksi dengan bahasa isyarat dan sedikit Farsi. Beliau sangat terkejut kerana aku dapat membaca tulisan Farsi namun tidak dapat memahaminya. Ianya seakan-akan jawi dan Bahasa Arab yang kedua-duanya aku kuasai semenjak di bangku sekolah lagi. Berdasarkan risalah yang diberi, beliau mempunyai kebun bunga di Kashan dan sering berulang-alik dari Tehran setiap hari. Setelah hamper 1.5 jam/110km perjalanan beliau memberhentikan kereta di markazi shahr/pusat bandar berhampiran Taman Zolfagharpour. Aku memberikan wang kertas RM1 sebagai cenderahati, gembira sungguh riak wajahnya. Kami berehat sebentar dan menikmati chai di kedai berhampiran sebelum disapa pemandu teksi disitu. Kami memberitahunya untuk menunggu kami seketika sementara merancang untuk perjalanan seterusnya.

Berdasarkan maklumat dari Vahid, مصلی بقیه الله الاعظم /Musalla Baqiyahullah Al-Adzim ialah masjid yang akan mengadakan sembahyang Jumaat di Bandar Kashan. Untuk makluman di sini, tidak semua masjid mengadakan sembahyang Jumaat, hanya satu masjid sahaja yang akan mengadakannya untuk sesuatu bandar/kawasan yang digelar musalla. Kami memanggil kembali pemandu tadi dan syukur beliau dapat bertutur dalam English. Teksi memberhentikan kami di musalla yang masih dalam pembinaan. Kelihatan begitu banyak bas dengan ramai jemaah lelaki dan perempuan menuju ke musalla. Aku mula ragu-ragu adakah ini dinamakan musalla? Sedang kami berdiri mengambil gambar, seorang pakcik menyapa Yazid dan memberitahu bahawa tidak boleh mengambil gambar di sini dan kemudian menyuruh kami mengikutinya. Sebelum itu, Yazid memberitahunya yang kami bermazhab Sunni dari Malaysia dan ingin solat Jumaat disini. Setelah selesai wuduk kami mengikut pakcik itu ke bahagian tepi musalla kelihatan semua sudut bangunan masih lagi dalam pembinaan. Kemudian kami dibawa ke satu lagi pintu masuk yang dikawal askar-askar memegang AK-47. Pada ketika ini, aura-aura negatif kembali menyapa, getus hatiku "baru 4 hari travel dah kena tahan, alahaiiii". Askar mula mengeremuni kami dan pakcik tadi hanya melihat dari jauh. Dibawanya kami ke sebuah bilik dan meminta kami meletakkan beg kami. Seluruh badan diperiksa dan beg kami diselongkar. Akhirnya diminta kami menyerahkan kamera dan telefon bimbit untuk menyimpannya di dalam beg. Pakcik itu kembali dan mengiringi kami masuk ke musalla dan menuju ke lorong khas dengan dinding-dinding setinggi 2 meter sepanjang lorong dan tiba-tiba kami berada dihadapan ribuan jemaah yang hadir dan disuruhnya kami duduk betul-betul dihadapan imam yang memberikan khutbah.

Terdapat pagar yang memisahkan antara 5 saf awal dan saf yang seterusnya. Kelihatan semua yang berada di saf hadapan seperti golongan elit. Berpakaian kemas dan sut. Setelah habis khutbah, imam memulakan solat Jumaat 4 rakaat yang kemudiannya dijamak dengan Asar. Kami solat mengikut mazhab Sunni dengan mengikuti pergerakan imam tanpa sujud di atas batu karbala. Setelah selesai solat, imam terus dikerumuni jemaah yang bersalam dengannya. Kami mula bangun dan pakcik terus menarik kami menuju ke imam yang bersesak-sesak dengan jemaah lain. Terdengar pakcik itu mengatakan "Imamu! Malasie Malasie" dan terus semua jemaah memberi laluan kepada kami untuk menuju ke imam. Kami terus salam imam dengan dia hanya tersenyum sambil berkata "Malasie Sunni?" Dan kami hanya mengangguk kepala dan membalas senyuman sebelum beredar memberi laluan kepada jemaah lain. Kami menuju ke bilik tadi dan mengambil beg dan barangan yang lain. Semuanya selamat. Imam tadi diiringi sehingga ke pintu dan terus ke keretanya sambil diawasi askar-askar disekeliling. Sebelum beredar kami berterima kasih kepada pakcik dan keluar dari kawasan musalla untuk menanti teksi ke Fin Garden. Sementara menunggu teksi, kami kelu dan berbincang tentang apa yang telah terjadi pada Jumaat pertama kami di sini, sesungguhnya nikmat Allah tiada tandingan. Fin Garden lebih kurang 5 minit dari musalla, dan bayaran kemasukannya ialah 200K Rial. Ini adalah taman Shah/Raja dahulu yang mempunyai sumber mata air ditengahnya dikelilingi pokok-pokok hijau dan bunga.

Makanan tengah hari kami adalah nasi dan kebab. Harganya agak mahal 200K Rial untuk seorang. Kami berjalan keluar dari situ menuju ke lebuh raya untuk hitch hike ke Esfahan. Kertas putih kami tertulis اصفهان /Esfahan dan cuaca amat sejuk apabila angin bertiup. Jam menunjukkan hampir jam 4pm dan walaupun 30 minit menanti namun masih tiada yang berhenti dengan aliran trafik tidak sebanyak semalam. Namun tidak lama kemudian sebuah SUV berhenti dan membawa kami pergi. Kali ini terdapat 2 orang di dalam kereta dengan penumpangya bernama Ali. Katanya beliau bekerja dengan syarikat lebuh raya ini sambil menunjukkan ke arah jalan raya. Walaupun dengan komunikasi yang terbatas aku tetap cuba untuk memahaminya dan berkongsi gambar berbekalkan sedikit bahasa Farsi yang telah ku belajar. Sepanjang perjalanan kelihatan salji melitupi gunung-ganang dan padang pasir. Sesekali Ali membuka tingkap untuk membiarkan kami merasai kesejukan angin luar. Adiknya yang memandu tidak banyak bekata-kata. Perjalanan sejauh 200km mengambil masa 2 jam dengan halaju maksima sekitar 120km/j. Kereta berhenti seketika sebelum memasuki bandar kerana urusan kerja, kelihatan seperti menyain cek kepada rakan kerja. Ali memberhentikan kami di pertengahan lampu isyarat di Kaveh Boulevard dan terus mengambil teksi ke rumah Reza, CS host di Esfahan ini. Rumahnya seperti townhouse dan berada di tingkat bawah. Reza hanya mendiami tempat itu bersendirian dan hampir setiap masa rumahnya akan dilawati Couchsurfer dari seluruh pelusuk dunia. Pada waktu ketibaan kami, terdapat pasangan dari Republik Checzh dan Matthew dari Russia yang sedang belajar di USA. Kami makan malam bersama dengan hidangan roti, tomato dan ulam-ulaman. Tomato disini rasanya agak manis dan lebih sedap. Kemudian kami berkongsi cerita pengembaraan masing-masing sebelum pasangan Republik Checzh meninggalkan kami untuk ke Shiraz dengan menaiki bas. Serba sedikit mengenai Reza yang masih bekerja di syarikat perusahaan makanan. Yang sedang mengumpul pengalaman bersama Couchsurfer sebelum meninggalkan Iran. Destinasi pertamanya ialah Turkey sebelum bergerak menuju ke Negara yang lain. Beliau adalah seorang yang kelakar dan pejuang MMA. Kami adalah Couchsurfer muslim pertama yang datang ke rumahnya dan ditempatkan di dalan bilik kecil untuk memudahkan kami solat. Alas tidur kami dari karpet bilik ini hanyalah selimut.







Khamis, 12 Januari 2017

CENTRAL/WEST IRAN - 5.0 NAQSH-E JAHAN

Paginya kami berjalan keluar menaiki bas No. 81 ke Istikah Daruzah Daulat/pusat bandar yang jauhnya lebih kurang 8km dari rumah. Singgah sebentar di kedai untuk bersarapan Falafel dan meneruskan perjalanan ke Chehel Sotoun dan Art Museum. Aktiviti hanya bersiar-siar dan menangkap gambar. Chehel Sotoun ialah istana raja yang mempunyai kolam yang panjang dan dihiasi struktur seni bina purba Parsi. Seterusnya ke Qeisarieh Bazaar, Ali Qapu, Masjid Syeikh Lutfalloh dan Masjid Imam/Shah yang berada di kompleks Naqsh-E Jahan Square. Untuk menghabiskan kesemua tempat tarikan pelancongan di Esfahan, maksimum masa yang diperlukan sekitar 2 hari kerana hampir kesemua tempatnya berdekatan. Kebanyakan entrance fees berharga 200-250K Rial. Bazaar Qeisarieh terbahagi kepada 4 kawasan yang mengelilingi Naqsh-E Jahan Square dan antara barangan yang dijual ialah pakaian, cenderamata, kasut, barang kemas, karpet, dan lain-lain lagi. Aku mengambil kesempatan ini untuk membeli cenderamata yang sangat murah untuk dibawa pulang dan habis sekitar 1500K Rial. Jika dilihat Masjid Syeikh Lotfalloh hanya mempunyai kubah tanpa diapit menara yang tinggi yang menunjukkan masjid itu hanya lah untuk kaum kerabat di Raja, seperti mana yang diterangkan oleh seorang pemuda ketika kami ditaman. Kami menunggu sehingga waktu Maghrib untuk masuk ke Masjid Imam/Shah dan solat berjemaah di sana. Seni bina masjid di sini banyak bertemakan ‘four/islamic iwans’ yang banyak didapati di kebanyakan masjid di Turki dan Timur Tengah. Tema iwans juga mudah didapati di setiap makam imam-imam besar disini.

Malam semakin sejuk dengan suhu mencecah takat beku. Perut yang tidak diisi sejak pagi tadi semakin berkeroncong dan kami mencari tempat makan yang menghidangkan nasi. Hanya restoran yang menghidangkan nasi dan ianya agak sukar dicari di sini. Kebiasaannya orang Iran akan memasak dan makan malam di rumah bersama keluarga. Kebanyakan restoran dibuka untuk memenuhi permintaan pelancong dan pelawat dari luar ke sesuatu tempat. Kami berjalan pulang kearah tempat kami bersarapan dan meneruskan pencarian. Alhamdulillah setelah 2km mencari kami menjumpai restoran yang terletak di bawah tanah/ground floor. Selesai makan malam, kami terus bergerak pulang ke rumah. Terima kasih kepada Reza yang banyak memberi panduan dalam usaha kami menaiki bas tempatan. Beliau hanya berkongsi lokasi di aplikasi WhatsApp untuk setiap tempat yang bakal dituju. Kami tiba sekitar 8pm dan Reza baru sahaja pulang dari tempat kerjanya. Beliau mempelawa kami makan mee segera Iran yang dimasaknya, dan hanya dapat merasa kesedapannya yang setanding mee Maggi. Dengan lawak jenakanya yang bersahaja, kami memang terhibur bersamanya. Beliau juga berkongsi pengalaman hosting Couchsurfer yang lain. Disambung pula dengan jalan cerita hidupnya yang penuh liku dan perkahwinannya yang tidak bahagia. Rata-rata rakyat disini bergaji rendah dengan taraf hidup yang tinggi membuatkan golongan muda lebih memilih untuk bekerja di luar negara. Sebagai contoh gaji seorang guru sekolah menengah yang telah mengajar selama 20 tahun kekal pada 300-400 USD. Walhal untuk kerjaya yang sama di Malaysia gajinya jauh lebih baik. Jadi tidak hairanlah mengapa ramai Iranian bekerja sebagai expatriates di negara-negara luar. Malam ini kami tidur agak lewat kerana sesi perbualan yang berlarutan panjang, namun inilah yang aku cari pada setiap pengembaraan aku iaitu merasai serba sedikit kehidupan Muslim di bumi Tuhan.