Malam tadi aku terjaga beberapa kali kerana
sakit perut dan terpaksa ke tandas. Nampaknya ada sesuatu yang tidak kena
dengan makanan yang telah ku makan semalam. Kami bergerak ke bandar seperti
biasa seperti hari sebelumnya tapi kali ini aku membawa beg galasku kerana akan
bertolak ke Mazar-E Sharif. Aku berhenti di sekitar bazaar untuk membeli
Perahan Tunban untuk dipakai pada hari-hari yang mendatang di Afghanistan.
Jubah untuk perempuan yang bersaiz besar tidak berjaya dijumpai dan mungkin
ianya berada di kedai-kedai yang lebih mahal. Kata Mohib ianya agak sukar untuk
mendapatkan yang telah siap. Kebanyakkannya perlu di tempah di kedai. Hampir ke
seluruh pelusuk bazaar aku terokai untuk mencari cenderamata dibawa pulang
namun masih gagal. Mungkin ianya sesuatu yang tidak komersil disini memandang
kadar kemasukan pelancong dari luar adalah sangat sedikit. Aku berhenti
seketika untuk minum jus perahan limau di kala cuaca yang panas terik ini.
Sempat juga aku menukar nota wang AFN1000 kepada nota wang yang lebih kecil
kerana rata-rata barangan yang dibeli amat kecil nilainya dan sukar untuk
mendapatkan wang tukaran kembali. Akhirnya aku berjaya mendapatkan key-chain
bendera Afghanistan dari kedai alat tulis. Seperti yang telah dijanjikan, Mohib
menghubungi aku untuk bertemu di sekitar Chicken Street untuk makan tengah
hari. Menu kami adalah Kabuli Palaw iaitu seperti nasi beriani yang dimasak
bersama daging atau ayam. Khairullah sampai tidak lama kemudian dengan membawa
kawannya yang akan menjadi pengantin dalam beberapa hari lagi. Dia juga
mengomel tentang pilihan restoran yang adiknya pilih yang agak panas dan
sempit. Aku yang masih sakit perut mula kerisauan tentang perjalanan hari ini.
Ubat sakit perut pun tidak dibeli lagi. Salam perpisahan antara aku dan Mohib
berlaku di restoran itu dan aku banyak berterima kasih padanya atas segala
pertolongan yang diberikan. Aku kemudian berjalan ke Masjid Wazir Akbar Khan
untuk sembahyang dan ke tandas. Di masa yang terluang ini aku mengemaskini kos
perbelanjaan dan nota pengembaraan di dalam telefon. Bayaran kepada teksi
kuning adalah AFN200/MYR10 untuk ke lapangan terbang. Terdapat 2 saringan
bagasi dilakukan sebelum dapat masuk ke kawasan lapangan terbang. Dan di dalam
balai pelapasan 2 kali lagi imbasan bagasi dilakukan. Mujurlah aku hanya
membawa 1 beg galas yang kecil dan mudah untuk dibawa. Dari papan penerbangan
dan pengumuman memberitahu bahawa jadual penerbangan ke Mazar akan lewat hampir
1 jam. Aku mengambil peluang ini untuk ke tandas lagi melayan karenah perut.
Sesak juga ruangan menunggu ini dengan para penumpang yang bakal ke Mazar, aku menjangkakan tempat duduk di dalam
pesawat penuh.
Setelah masuk ke kabin pesawat aku terlena sebentar sebelum hidangan sandwich dihidangkan oleh anak kapal. Dari tingkap pesawat aku mengamati kawasan pergunungan Hindu-Kush yang berwarna perang dan sedikit kehijauan. Di lembahnya memang padat dengan tumbuhan di sepanjang aliran sungai di antaranya. Sungguh cantik. Pesawat selamat sampai di Mazar-E Sharif setelah 1 jam masa penerbangan dan aku mula menghubungi Neda. Katanya beliau menantiku dengan kereta di bahagian menunggu diluar. Sebaik sahaja aku keluar dari bangunan lapangan terbang kelihatan hanya 1-2 kereta yang menanti diluar bangunan. Aku cuba menghubungi Neda kembali dan katanya di bahagian paling luar sambil menghantar lokasinya di applikasi WhatsApp. Nampaknya aku terpaksa berjalan keluar lagi untuk ke tempat letak kereta dengan melalui satu lagi saringan bagasi. Setelah berjalan keluar 200meter baru aku ternampak tempat letak kereta dan Neda mula melambai-lambaikan tangannya. Perasaanku lega sebaik sahaja melihat wajahnya. Waktu yang menghampiri senja membuatkan aku sedikit gusar dan teringatkan kembali kata-kata Mohib yang menegahku untuk keluar dari rumah setelah waktu Maghrib. Katanya berisiko tinggi. Aku hanya menenangkan hati dan berfikiran positif. Setelah hampir 30 minit kami pun sampai di satu stesyen minyak dan terdapat banyak lori-lori besar di sekeliling. Katanya tunggu sebentar untuknya bekerja. Aku sentiasa memberitahu lokasi aku kepada Khairullah dan memberikannya bercakap dengan Neda untuk memastikan bahawa beliau adalah host yang baik. Kami kemudian bergerak ke rumah kawannya yang tidak jauh dari situ namun jalannya tidak begitu bagus dan berdebu. Kata Neda ini adalah bos dan juga kawan baiknya. Stesyen minyak yang kami berhenti tadi adalah perniagaannya bersama kawannya ini. Namun sejak kenaikkan nilai matawang USD pasca Presiden Donald Trumph, perniagaannya mengalami kerugian disebabkan jurang perbezaan yang ketara matawang asing. Katanya dia mampu untuk meraih keuntung minima USD1000 setiap bulan namun sejak dari itu hanyalah kerugian. Sekarang beliau hanya berkerja sebagai seorang pengurus stesyen minyak yang lain dan bercadang untuk menutup perniagaannya yang rugi itu. Di rumah kawannya, kami dihidangkan nasi serta lauk yang sedap. Kekenyangan lagi perutku malam ini. Kami semua tidur di ruang tamu suasananya yang nyaman kerana terdapat Air Cooler yang menyejukkan. Tepat tengah malam perutku membuat hal lagi. Dan aku terpaksa menggunakan tandas tanah yang busuk dengan bekalan 1 jag air untuk membersihkan diri. Ianya pasti dalam kenangan kerana tandas tersebut sangat gelap dan hanya diterangi cahaya bulan purnama penuh. Aku juga dapat melihat keluarga perempuan mereka mengepam air dari telaga untuk kegunaan aku mengambil wudhu. Setelah solat aku lihat Neda sibuk dengan telefonnya melayari Youtube dan aku terus terbaring di atas karpet bersama yang lain.

Kabuli
Tenang berehat di Masjid Wazir Akhbar Khan
Ruang menunggu di Kabul Airport
Pergunungan Hindu Kush
Selamat mendarat di Mazar-E Sharif
Bos Neda sedang nyenyak tidur
0 ulasan:
Catat Ulasan