Sabtu, 16 April 2016

CENTRAL/WEST CHINA - PRELUDE

Ilham untuk ke Western China tercetus semasa perjalanan pulang menaiki pesawat AirAsia dari CMB ke KUL selepas misi Biggest Animal On Earth di Sri Lanka gagal sekitar awal tahun 2015. Menurut majalah AirAsia yang telah dibaca terdapat populasi Muslim dan masjid lama di Xian, dan ianya berjaya menarik perhatianku. Setelah melakukan survey di internet aku memutuskan untuk explore Xian, Lanzhou, Linxia, Xining,Turpan, dan Urumqi. Aku bercadang untuk travel dengan flight selain bas dan train kerana kesuntukan masa dan jarak perjalanan yang jauh ke daerah Xinjiang. Aku tidak risau tentang makanan kerana kebanyakan Muslim berada di setiap destinasi tersebut. Cuma kebimbangan terhadap hostel dan host di Couchsurfing yang limited. Dan tidak lupa masalah language barrier.

0 ulasan:

Catat Ulasan