Selasa, 12 April 2016

CENTRAL/WEST CHINA - 4.0 DONGGUAN

Paginya aku bersolat subuh di masjid bersama ayah Ali dan imam menuju ke Gong Bei. Selepas sarapan, kami menziarahi abang Imam yang rumahnya tidak jauh dari situ. Aku membaca satu surah dari kitab yang diberi dan berdoa selamat. Dan kami pulang ke Xining menaiki bas. Ziarah seterusnya ke Fenghuangshan Gong Bei di puncak Nanshan Mountain. Disini imam memberiku incest besar yang telah dibakar untuk diletakkan di depan pintu masuk sebelum membaca Quran dan berdoa di dalam makam ahli sufi yang berasal dari Yemen ini. Kata imam ia adalah apart of culture dan memuji Allah. Dari puncak dapat melihat keseluruhan bandar Xining. Sejurus turun dari Nanshan, kami solat Zuhur di Masjid Dongguan. SubhanAllah ramai sungguh orang bersolat di sini, mungkin beribu orang. Ia adalah masjid simbolik di bandar ini.

Di sekitar masjid terdapat kedai-kedai orang Muslim yang menjual baju, keperluan harian dan tidak lupa kedai Lam Mian yang sedap. Kami pulang ke rumah keletihan sehingga Imam tertidur di kerusi. Aku hanya minum teh dan bermain dengan Muhd Megat, anak kepada Muhd. Tidak dinafikan disini nafasku pendek kerana altitudenya 700m lebih tinggi dari Lanzhou. Mereka juga menggunakan dapur arang untuk memasak makanan dan air. Kebanyakan rumah mempunyai corong asap untuk dapur arang. Malamnya Muhd dan ibunya menemani aku ke pasar malam dan kami pulang awal kerana esok awal pagi bakal ke Qinghai Lake, mountainous lake yang terbesar di China.








0 ulasan:

Catat Ulasan