Jumaat, 8 April 2016

CENTRAL/WEST CHINA - 9.0 BALIK KAMPUNG

Hari ini ialah hari kemalasan so aku membatalkan hasratku untuk ke Nanshan Grassland dan hanya mengikuti Han dan keluarganya balik kampung. Kami singgah di kedai gitar abangnya sebelum menaiki bas selama 2 jam ke kampung. Aku disambut mesra oleh ibu dan bapanya yang bakal menjadi jemaah haji tahun ini. Rumah yang besar dan sederhana itu didiami bersama pakcik dan makciknya yang bisu. Hidangan tradisional gulai ayam disajikan hanyalah untuk tetamu istimewa. Sudah menjadi kebiaasaan, mereka tidak akan makan selagi tetamu tidak menyentuh lauk itu. Kemudian kami ke hujung kampung untuk menziarahi Gong Bei ahli sufi dari Yemen. Bersebelahan makamnya ialah makam anak lelaki dan perempuannya. Mereka dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Urumqi untuk menyebarkan Islam. Imam memintaku membaca masyhaf Quran lama yang resamnya tidak dapat dikenal pasti. Tergagap-gagap juga membacanya. Han membawaku ke tasik dan sungai yang menjadi tempat permainan ketika zaman kanak-kanaknya. Anak-anaknya bermain air tasik dan aku hanya memerhati dari jauh. Kami balik ke bandar dan berhenti di kedai Han yang menjual barangan berharga RMB10. Han membantuku untuk mencari pakej untuk ke Tianchi Lake pada hari esok yang berharga RMB200. Sebelum maghrib aku memanjat ke aras bumbung apartmen setinggi 6 tingkat itu untuk menikmati sunset.






0 ulasan:

Catat Ulasan