Rabu, 6 April 2016

CENTRAL/WEST CHINA - 11.0 MIX FEELING

Pagi ini anak-anak Han bangun lebih awal daripada biasa. Breakfast hari ini special, ayam gulai dan nasi. Anak-anaknya makan dengan penuh berselera. Kami bergambar bersama sebelum ke airport. Sebaik sahaja memeluknya aku untuk mengucapkan selamat tinggal, tanpa disedari aku menitiskan air mata. Isterinya, Sarian dan pemandu taxi hanya memerhatikan kami menangis sambil berpelukan. Penerbangan ke Xian mengambil masa 3 jam, Safina hostku menantiku di arrival. Beliau seorang fresh graduate berkelulusan degree yg sedang mengambil IELTS dan bakal ke UK soon. And she is so polite same as her best friend Sophie. Kami pulang ke hotel kecil milik ibunya dan dia tidak mengenakan apa-apa bayaran untuk itu.

Selepas maghrib kami ke Drum dan Bell Tower seterusnya ke Muslim Quarter. Muslim Quarter lah yang telah memberi idea untuk pengembaraan ke China ini. Dinner hanyalah Ban Mian, roti yang dikoyakkan menjadi cebisan kecil ke dalam mee sup. Kami banyak berbicara mengenai travel, life and friendship. Beliau menceritakan kisah ibunya yang susah mencari rezeki setelah ayahnya meninggal. Pada zamannya, kerajaan China melarang rakyatnya mempunyai anak lebih daripada satu, atas dasar mengawal populasi. Namun ia telah dimansuhkan sekarang kerana ratio golongan muda kepada tua adalah rendah dan ini adalah keadaan yang membimbangkan untuk sebuah negara pesat membangun.




0 ulasan:

Catat Ulasan