Sabtu, 9 April 2016

CENTRAL/WEST CHINA - 8.0 ASHABUL KAHFI

Han menghantarku ke bas No. 1 dan tukar ke mini bas D001 untuk ke Urumqi Nan Railway station. Aku membeli tiket speed train ke Nanshan yang mengambil masa 1.5 jam. Setibanya disana taxi driver mengatakan Tuyuq Village lebih dekat dari Turpan dan caj taxi agak mahal kerana ianya sejauh 80km. Aku terus membeli tiket bas ke Turpan untuk 2 jam perjalanan lagi. Di Turpan aku hanya berjalan mengikut crowd flow untuk ke bazar. Selesai lunch dan solat aku meminta pertolongan dari penjual kopiah untuk menolongku ke Tuyuq Village. Taxi mengenakan caj RMB200 dan aku tidak mempunyai banyak masa dan terus setuju. Kebanyakan penduduk di Turpan adalah Uygur dan bentuk muka bumi adalah gurun. Rasa macam berada di Timur Tengah. Lebih kurang sejam aku sampai ke Tuyuq Village dan dalam perjalanan aku melintasi Flaming Mountain dan beberapa telaga minyak yang menggunakan rod pump. Kepanasan disini sekitar 34 darjah Celsius. Matlamatku kesini adalah untuk menziarahi gua dan makam Ashabul Kahfi mengikut kepada kepercayaan orang tempatan. Di pintu gua, ada Imam yang akan memimpin membaca doa dan memohon hajat sebelum memasuki gua. Di dinding tertulis surah Al-Kahfi yang bermula dari ayat ke-10. Ramai local Muslim menziarahi makam ini. Setelah itu aku bersiar-siar di sekitar kampung sebelum bertolak pulang ke Urumqi melalui station Turpan Bei. Aku sampai di apartment lebih kurang 2200H. Alhamdulillah perjalananku hari ini ke lowest elevation in China dipermudahkanNya.






0 ulasan:

Catat Ulasan