Penerbangan selama 5 jam dengan AirAsia X dari KUL ke XIY tiba sekitar midnight. Money changer dan local sim card shop pun sudah tutup. Aku terus mengikut local crowd towards exiting T3 dan membeli tiket bas ke Xian Train Station. Note that bus will take 1 hour to arrive and stop around 500m from train station. Setibanya di pintu masuk, polis menyapa aku dengan bahasa Mandarin dan aku hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala. Aku menunjukkan booking slip yang telah dibeli dari Travelchinaguide.com sambil menuding jari ke kaunter tiket. Setelah selesai mengambil tiket, aku ke check-in counter sambil polis wanita melakukan body searching dan ini adalah normal di China. Train Z75 dari Beijing tiba jam 0340H dan aku terus naik ke middle berth of hard sleeper untuk merehatkan diri.
Aku terjaga seawal jam 0630 kerana telingaku berdesing dan sakit kerana train selaju 150km keluar dan masuk terowong. Diluar kelihatan muka bumi yang bergunung-ganang. Perhatianku dicuri oleh budak lelaki yang sedang bermain-main di low berth. Untuk 4 jam seterusnya aku menghabiskan masa dengan melayan kerenah budak itu. Setibanya di Lanzhou aku dijemput Bao, local Couchsurfer. Beliau seorang guru yang aktif hiking dan sudah ke Europe dan serata China backpacking. Aku terpaksa membeli sim card haram yang dijual di jalanan kerana kebanyakan syarikat telco tidak menerima foreigners registration. Disini aku makan Lam Mee Lanzhou yang terkenal ke seluruh China. Kemudian kami berjalan-jalan ke Zhongshan Bridge, Yellow River dan local park. Aku check-in ke guesthouse yang dicadangkan Bao. Lokasinya strategik di tengah bandar dan berdekatan Masjid Jamek Lanzhou dan Yellow River. Di masjid aku dikerumuni oleh pakcik-pakcik Hui yang ingin bergambar, kata mereka susah nak jumpa orang Malaysia. Pada malamnya, aku berjumpa Sophie atau nama islamnya Asiah. Malam itu sangat sejuk sehingga jari jemariku kebas, suhu sekitar 2 deg. celcius kerana hujan. Antara perkara yang dibincangkan bersama Sophie adalah tentang Islam di China dan kehidupan beliau selepas kematian ibu angkatnya yang banyak menyedarkannya tentang matlamat hidup di bumi Tuhan ini.
Jumaat, 15 April 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan