Ahad, 10 April 2016

CENTRAL/WEST CHINA - 7.0 ARMY CITY

Paginya kami ke pusat bandar dengan menaiki bas selama 2 jam. Antara tempat persinggahan adalah Shaanxi Mosque, Hangtenggeli Mosque dan International Bazaar untuk membeli cenderahati untuk keluargaku sebelum bersolat Jumaat di Erdaoqiao Mosque. Kebanyakan penduduk di sini adalah dari kaum Uygur yang berasal dari Middle East namun setelah lama nenek-moyang mereka merantau dan hidup di sini. Beberapa tahun yang lalu telah berlaku rusuhan kaum yang dasyat antara Uygur dan Han sehingga saling berbunuhan di Urumqi ini. Jadi tidak hairanlah terdapat pondok polis dan askar berkeliaran di setiap junction di bandar ini. Mereka mengaitkan terrorist dengan Muslim.

Aku dan Han juga diperiksa oleh anggota polis ketika melalui kawasan berdekatan bazar. Keadaan di sini sangat berbeza dengan daerah Gansu, yang lebih aman damai. Urumqi ialah lokasi yang paling jauh dengan mana-mana lautan di dunia ini. Siang disini lebih panjang dari malam sehingga 16 jam. Malamnya kami singgah di pasar malam sebelum pulang kepenatan. Tetapi Sarian masih lagi aktif dan tidak meragam. Han menolongku untuk merancang trip esok hari ke Turpan dan menerangkan sistem pengangkutan awam di Urumqi.










0 ulasan:

Catat Ulasan