Isnin, 11 April 2016

CENTRAL/WEST CHINA - 6.0 SNOW CAPPED MOUNTAIN

Aku dan Imam ke pekan untuk breakfast. Isterinya sudah pergi kerja menyapu sampah. Dia memesanku mengambil bas No. 24 untuk pulang dan membiarkanku menghabiskan sarapan di kedai Lam Mian. Kemudian aku ke pasar daging dan buah-buahan yang majoriti penjualnya berbangsa Hui. Sekitar 1000H aku pulang ke rumah dan bersiap ke airport sambil menanti Muhd mengambilku. Sesampainya di Caojiabao Airport aku memeluk Muhd dan menghulurkan sedikit yuan. Walaupun banyak kali menolak diambilnya juga. Sebaik sahaja memeluk Muhd air mataku terus bergenang. Semoga Allah memberkati hidup dunia akhirat keluarga ini.

Penerbangan China Southern ini bakal mengambil masa 2.5jam ke Urumqi. Alhamdulillah aku berada di seat window dan dijamu dengan pemandangan aerial yang indah Altun Shan Mountains dan Gurun Gobi. Han menungguku di Diwopu Airport sambil memegang kertas yang tertulis namaku. Kami seterusnya pulang ke apartmennya sambil menanti kepulangan anak-anaknya dari sekolah. Kami bersama anaknya Sarian yang sangat lincah ke taman. Katanya anak ini sangat kuat dan aktif berkat amalan minum susu kambing semasa dan selepas mengandung. Hari ini banyak persoalanku tentang Islam di China terungkai setelah mendapat penerangan dari Han. Antara kata-katanya, kita bertuhankan Allah yang Esa dan mengakui Nabi Muhammad SAW pesuruhNya, perlu mengenepikan perbezaan pendapat, mazhab, dan budaya supaya semua umat Islam di dunia ini bersatu padu menegakkan syiar Islam. Bukannya saling bersengketa dan menjatuhkan hukum sesama Muslim.









1 ulasan: