Kami bersarapan pagi dengan kuih cakoi dan air soya sebelum menaiki bas ke Big Wild Goose Pagooda. Safina banyak menceritakan asal usul agama Buddha yang dibawa dari tok sami dari India. Seperti Islam yang dibawa dari Timur Tengah melalui Silk Road dan seterusnya ke serata China. Sepanjang bersamanya, aku sering memperbaiki pronunciation Englishnya yang selalu tersasar. Seterusnya ke Muslim Quarter dan Xian Big Mosque dengan tujuan mencari fridge magnet dan solat Zuhur. Dinding masjid lama ini dihiasi ayat-ayat Quran yang mengelilingi keseluruhan masjid. Terdapat juga batu bersurat yang menyatakan kedatangan Islam ke China. Petangnya, kami ke People's Park dan water fountain sebelum bertolak pulang ke hotel dan ke airport. Sepanjang perjalanan ke airport kami berdua hanya banyak membisu melayan perasaan. Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Safina aku terus check-in dan beratur untuk imigresen clearance.
Fikiranku melayang mengenangkan kemudahan yang Tuhan berikan kepadaku sepanjang pengembaraan ini, sungguh besar kuasaNya. Akan tetapi bilakah hardest part of the trip? Bila sampai giliranku pegawai imigresen melihatku atas bawah, dan aku tahu ada sesuatu yang tidak kena. Dan kepunggahan bermula ketika aku diminta ke belakang. Aku kembali mengingati kata-kata Han, "You don't have friend here, you sleep at hotel and you visit pagoda and temple". 4 orang pegawai imigresen mendatangi ku dan mula bertanya soalan dalam Mandarin. Passport ku dibawa pergi entah ke mana. Dan hanya seorang pegawai boleh berbahasa English. Dia mula bertanya kemana aku pergi, dan aku hanya menjawabnya sejujurnya kerana mereka boleh mengesan destinasiku di sini dengan menggunakan no. passport. Chinese government mempercayai daerah Xinjiang adalah kawasan terrorist yang beragama Islam. Setelah hampir sejam menyoal dan menggeledah begku akhirnya mereka melepaskan. Alhamdulillah syukur halangan terakhir berjayaku lepasi. Sepanjang perjalanan balik aku hanya tidur dan selamat tiba di KLIA2. Banyak yang aku belajar dari pengembaraan yang paling bermakna dalam hidup sebagai seorang hamba Tuhan
Selasa, 5 April 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan