Khamis, 14 April 2016

CENTRAL/WEST CHINA - 2.0 CHINA LITTLE MECCA

Aku tersesat lebih kurang sejam sebelum berjaya menaiki bas ke Linxia pada jam 0900H yang akan mengambil masa 2 jam. Sepanjang perjalanan yang bergunung-ganang ku lihat salji bertaburan ditepi highway, mungkin salji turun malam tadi. Suhu di Linxia sekitar 8 degree celcius dan aku berjalan kesejukan sebelum berhenti di depan sebuah masjid lama dan bertanyakan khabar kepada seorang pakcik. Mukanya tersenyum bila terdengar perkataan Malaysia keluar dari mulutku. Aku menyatakan hasratku ke Gong Bei ataupun makam. Terus diperkenalkan aku kepada rakannya dan mempelawa aku menaiki kereta ke Gong Bei yang katanya tidak jauh dari situ. Seni binanya sama seperti tokong namun main building yang menempatkan makam dibina tinggi sekitar 2-3 tingkat. Aku berhasrat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Gong Bei dari locals yang fasih English nanti.

Seterusnya aku ke local park bersebelahan dan ke masjid berdekatan. Orang Hui kebanyakannya bermazhab Hanafi dan terdapat sedikit kelainan dalam solat mereka dari segi bacaan dan gerakan. Di Linxia terdapat begitu banyak masjid sehinggakan dalam 200m terdapat 4 buah masjid yang hanya bersebelahan. Aku beramah mesra dengan tuan kedai Lam Mian selepas lunch dan ke kedai yogurt untuk makan yogurt free. Aku terpaksa balik ke Lanzhou kerana bus ke Xining hanya available esok pagi. Pada malamnya Sophie membawaku ke night market sebelum menghabiskan beberapa jam di bus stop untuk menyambung perbincangan semalam.







0 ulasan:

Catat Ulasan