Khamis, 7 April 2016

CENTRAL/WEST CHINA - 10.0 HEAVENLY LAKE

Kami menunggu van di hadapan showroom Mazda. Kali aku terpaksa menyertai local group untuk ke Tianchi Lake kerana kos yang mahal jika solo travel. Perjalanan selama 2 jam untuk sampai ke kaki Tianshan Mountain dan check-in ticket sebelum menaiki bus ke tasik. Sepanjang perjalanan tour guide membebel mengenai tempat yang bakal dilawati dalam bahasa Mandarin. Sesekali ada juga bertanya kepadaku sesuatu dalam English. Suhu disini sekitar 3 degree C dan aku dapat melihat salji sudah mulai cair di lereng-lereng gunung.

Pemandangan tasik yang sangat indah dikelilingi Tianshan Mountain. Buffet lunch bermula dari RMB50 dengan hidangan mee berserta aneka lauk. Groupku meneruskan perjalanan untuk ke Bogda Peak dan aku hanya berhenti di tasik menghabiskan beberapa jam dengan mengelilingi tasik dan ke waterfall sebelum pulang ke Urumqi. Kebanyakan pengunjung disini adalah local Chinese dan akan semakin crowded towards summer. Di perjalanan balik meninggalkan aku di tengah highway berhampiran kawasan apartmen Han. Aku hanya terus berjalan dan mengikut landmark blok-blok apartmen. Aku tiba di lobby bersama Fatimah dan Ismail yang baru pulang dari sekolah. Malam terakhirku di Xinjiang banyak berbicara dengan Han tentang kehidupannya yang dahulunya miskin kini mampu mempunyai rumah dan kedai sendiri. Katanya, kejarlah akhirat nescahaya dunia akan berlari mengejarmu








0 ulasan:

Catat Ulasan