Ilham untuk ke Western China tercetus semasa perjalanan pulang menaiki pesawat AirAsia dari CMB ke KUL selepas misi Biggest Animal On Earth di Sri Lanka gagal sekitar awal tahun 2015. Menurut majalah AirAsia yang telah dibaca terdapat populasi Muslim dan masjid lama di Xian, dan ianya berjaya menarik perhatianku. Setelah melakukan survey di internet aku memutuskan untuk explore Xian, Lanzhou, Linxia, Xining,Turpan, dan Urumqi. Aku bercadang untuk travel dengan flight selain bas dan train kerana kesuntukan masa dan jarak perjalanan yang jauh ke daerah Xinjiang. Aku tidak risau tentang makanan kerana kebanyakan Muslim berada di setiap destinasi tersebut. Cuma kebimbangan terhadap hostel dan host di Couchsurfing yang limited. Dan tidak lupa masalah language barrier.
Sabtu, 16 April 2016
CENTRAL/WEST CHINA - 0.0 INTRODUCTION
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah aku telah berjaya menamatkan pengembaraan sejauh lebih kurang 2300km di bumi China dari Xian ke Urumqi melalui Lanzhou dan Xining selama 14 hari pada pertengahan April 2016. Aku telah melewati Kampung Tuyugou yang 72m dibawah paras laut dan Tasik Qinghai yang setinggi 3000m diatas paras laut. Pengalaman pertamaku di China sangat menarik kerana dapat bermalam dengan keluarga kaum Hui dan Han. Mereka sangat suka akan orang Malaysia! Banyak tempat menarik yang telah saya lawati. InsyaAllah itinerary penuh bakal menyusul.
Flight ticket international and domestic = RM1700
Accomodation = RM50
Transportation, train and bus = RM400
Tour = RM500
Meals = RM200

Jumaat, 15 April 2016
CENTRAL/WEST CHINA - 1.0 TANAH BESAR
Penerbangan selama 5 jam dengan AirAsia X dari KUL ke XIY tiba sekitar midnight. Money changer dan local sim card shop pun sudah tutup. Aku terus mengikut local crowd towards exiting T3 dan membeli tiket bas ke Xian Train Station. Note that bus will take 1 hour to arrive and stop around 500m from train station. Setibanya di pintu masuk, polis menyapa aku dengan bahasa Mandarin dan aku hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala. Aku menunjukkan booking slip yang telah dibeli dari Travelchinaguide.com sambil menuding jari ke kaunter tiket. Setelah selesai mengambil tiket, aku ke check-in counter sambil polis wanita melakukan body searching dan ini adalah normal di China. Train Z75 dari Beijing tiba jam 0340H dan aku terus naik ke middle berth of hard sleeper untuk merehatkan diri.
Aku terjaga seawal jam 0630 kerana telingaku berdesing dan sakit kerana train selaju 150km keluar dan masuk terowong. Diluar kelihatan muka bumi yang bergunung-ganang. Perhatianku dicuri oleh budak lelaki yang sedang bermain-main di low berth. Untuk 4 jam seterusnya aku menghabiskan masa dengan melayan kerenah budak itu. Setibanya di Lanzhou aku dijemput Bao, local Couchsurfer. Beliau seorang guru yang aktif hiking dan sudah ke Europe dan serata China backpacking. Aku terpaksa membeli sim card haram yang dijual di jalanan kerana kebanyakan syarikat telco tidak menerima foreigners registration. Disini aku makan Lam Mee Lanzhou yang terkenal ke seluruh China. Kemudian kami berjalan-jalan ke Zhongshan Bridge, Yellow River dan local park. Aku check-in ke guesthouse yang dicadangkan Bao. Lokasinya strategik di tengah bandar dan berdekatan Masjid Jamek Lanzhou dan Yellow River. Di masjid aku dikerumuni oleh pakcik-pakcik Hui yang ingin bergambar, kata mereka susah nak jumpa orang Malaysia. Pada malamnya, aku berjumpa Sophie atau nama islamnya Asiah. Malam itu sangat sejuk sehingga jari jemariku kebas, suhu sekitar 2 deg. celcius kerana hujan. Antara perkara yang dibincangkan bersama Sophie adalah tentang Islam di China dan kehidupan beliau selepas kematian ibu angkatnya yang banyak menyedarkannya tentang matlamat hidup di bumi Tuhan ini.

Khamis, 14 April 2016
CENTRAL/WEST CHINA - 2.0 CHINA LITTLE MECCA
Aku tersesat lebih kurang sejam sebelum berjaya menaiki bas ke Linxia pada jam 0900H yang akan mengambil masa 2 jam. Sepanjang perjalanan yang bergunung-ganang ku lihat salji bertaburan ditepi highway, mungkin salji turun malam tadi. Suhu di Linxia sekitar 8 degree celcius dan aku berjalan kesejukan sebelum berhenti di depan sebuah masjid lama dan bertanyakan khabar kepada seorang pakcik. Mukanya tersenyum bila terdengar perkataan Malaysia keluar dari mulutku. Aku menyatakan hasratku ke Gong Bei ataupun makam. Terus diperkenalkan aku kepada rakannya dan mempelawa aku menaiki kereta ke Gong Bei yang katanya tidak jauh dari situ. Seni binanya sama seperti tokong namun main building yang menempatkan makam dibina tinggi sekitar 2-3 tingkat. Aku berhasrat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Gong Bei dari locals yang fasih English nanti.
Seterusnya aku ke local park bersebelahan dan ke masjid berdekatan. Orang Hui kebanyakannya bermazhab Hanafi dan terdapat sedikit kelainan dalam solat mereka dari segi bacaan dan gerakan. Di Linxia terdapat begitu banyak masjid sehinggakan dalam 200m terdapat 4 buah masjid yang hanya bersebelahan. Aku beramah mesra dengan tuan kedai Lam Mian selepas lunch dan ke kedai yogurt untuk makan yogurt free. Aku terpaksa balik ke Lanzhou kerana bus ke Xining hanya available esok pagi. Pada malamnya Sophie membawaku ke night market sebelum menghabiskan beberapa jam di bus stop untuk menyambung perbincangan semalam.

Rabu, 13 April 2016
CENTRAL/WEST CHINA - 3.0 2200M ALTITUDE
Perjalanan dari Lanzhou Xi ke Xining menaiki High Speed Railway D2705 yang berkelajuan 250km/h mengambil masa sejam. Upon arrival, aku meminta tolong gadis kaunter untuk call Muhd yang tidak fasih English. Muhd ialah anak menantu kepada kawan Couchsurfingku, Han. Dibawanya aku ke rumahnya di pinggir bandar dan bermulalah pengalaman hidupku bersama orang Hui. Dijamunya aku dari roti keras sehingga Lam Mian untuk lunch. Imam Mahmudi, bapa mertua Muhd juga banyak berinteraksi denganku menggunakan kamus Cina dan Bahasa Arab. Mereka sangat berbesar hati dengan kehadiranku. Kemudian aku berjalan-jalan di sekitar kawasan untuk mengenal pasti lokasi tempat tinggal sementara ku itu yang majoritinya didiami orang Hui. Pada jam 1600H aku menaiki van kecil bersama Imam dan 2 rakannya ke sebuah perkampungan yang sejauh 2 jam perjalanan untuk ke Gong Bei lagi.
Ianya terletak di atas bukit. Kami berwuduk dengan air panas sebelum sembahyang Asar dan sedekahkan bacaan ayat Quran dan doa. Ini adalah Gong Bei guru tarikat imam yang bernama Muhd Kamaruddin. Ibu dan bapanya juga dikebumikan di sekitar bukit ini. Kami turun ke bawah dan singgah ke rumah salah seorang rakan, Ali. Makan besar lagi kali ini. Antara yang istimewa ialah susu kambing segar. Pada malamnya, kami bersolat jemaah kemudian berkongsi cerita tentang kehidupanku di Malaysia berpandukan gambar di phone dab kamus. Juga memeriksa kerja sekolah English adik-adik Ali sebelum tidur dirumah mereka.

Selasa, 12 April 2016
CENTRAL/WEST CHINA - 4.0 DONGGUAN
Paginya aku bersolat subuh di masjid bersama ayah Ali dan imam menuju ke Gong Bei. Selepas sarapan, kami menziarahi abang Imam yang rumahnya tidak jauh dari situ. Aku membaca satu surah dari kitab yang diberi dan berdoa selamat. Dan kami pulang ke Xining menaiki bas. Ziarah seterusnya ke Fenghuangshan Gong Bei di puncak Nanshan Mountain. Disini imam memberiku incest besar yang telah dibakar untuk diletakkan di depan pintu masuk sebelum membaca Quran dan berdoa di dalam makam ahli sufi yang berasal dari Yemen ini. Kata imam ia adalah apart of culture dan memuji Allah. Dari puncak dapat melihat keseluruhan bandar Xining. Sejurus turun dari Nanshan, kami solat Zuhur di Masjid Dongguan. SubhanAllah ramai sungguh orang bersolat di sini, mungkin beribu orang. Ia adalah masjid simbolik di bandar ini.
Di sekitar masjid terdapat kedai-kedai orang Muslim yang menjual baju, keperluan harian dan tidak lupa kedai Lam Mian yang sedap. Kami pulang ke rumah keletihan sehingga Imam tertidur di kerusi. Aku hanya minum teh dan bermain dengan Muhd Megat, anak kepada Muhd. Tidak dinafikan disini nafasku pendek kerana altitudenya 700m lebih tinggi dari Lanzhou. Mereka juga menggunakan dapur arang untuk memasak makanan dan air. Kebanyakan rumah mempunyai corong asap untuk dapur arang. Malamnya Muhd dan ibunya menemani aku ke pasar malam dan kami pulang awal kerana esok awal pagi bakal ke Qinghai Lake, mountainous lake yang terbesar di China.

CENTRAL/WEST CHINA - 5.0 ALTITUDE SICKNESS
Selepas subuh kami bergerak ke Qinghai Lake yang sejauh 250km menaiki teksi Muhd. Snow capped mountain dapat dilihat dengan jelas semasa dari kami memasuki highway sehingga ke tasik. Aku sangat mengantuk sepanjang perjalanan kerana altitude meningkat ke 3000m. Sekitar 3jam kami sampai di first check point yang berada di south west tasik. SubhanAllah pemandangan tasik dikelilingi grassland dan gunung-ganang. Kebanyakan penduduk kampung disini beragama Buddha Tibet, namun orang Hui masih ada di sini mengembala kambing dan lembu. Kami berhenti dibeberapa spot yang seterusnya dan dikenakan dalam RMB50 per entry. Jauh lebih murah dari viewing point kepunyaan government.
Suhu disini di awal spring sangat sejuk sekitar 3 degree celcius. Kambing biri-biri dan lembu atau yak dilihat memenuhi grassland sekitar tasik walaupun rumput masih belum menghijau. Sesekali ibu Muhd memesan anaknya untuk menurunkan tingkap untuk memberi bekalan udara ke dalam kereta kepadaku yang kadangkala semput. Kami mengelilingi tasik dan seterusnya pulang ke Xining. Aku bercadang untuk bermalam disini, tetapi memandangkan masa dan cuaca yang kurang sesuai, aku pasrah. Kami tiba di rumah sekitar maghrib. Seronoknya dapat bernafas seperti biasa. Untuk dinner dihidangnya lauk semalam kerana banyak lebihan, dan ianya masih elok. Mungkin kerana keadaan suhu persekitaran yang sejuk dan low humidity menyebabkan ia tidak basi. Malam itu aku tidur di bilik tetamu yang berada di tingkat 3.

Isnin, 11 April 2016
CENTRAL/WEST CHINA - 6.0 SNOW CAPPED MOUNTAIN
Aku dan Imam ke pekan untuk breakfast. Isterinya sudah pergi kerja menyapu sampah. Dia memesanku mengambil bas No. 24 untuk pulang dan membiarkanku menghabiskan sarapan di kedai Lam Mian. Kemudian aku ke pasar daging dan buah-buahan yang majoriti penjualnya berbangsa Hui. Sekitar 1000H aku pulang ke rumah dan bersiap ke airport sambil menanti Muhd mengambilku. Sesampainya di Caojiabao Airport aku memeluk Muhd dan menghulurkan sedikit yuan. Walaupun banyak kali menolak diambilnya juga. Sebaik sahaja memeluk Muhd air mataku terus bergenang. Semoga Allah memberkati hidup dunia akhirat keluarga ini.
Penerbangan China Southern ini bakal mengambil masa 2.5jam ke Urumqi. Alhamdulillah aku berada di seat window dan dijamu dengan pemandangan aerial yang indah Altun Shan Mountains dan Gurun Gobi. Han menungguku di Diwopu Airport sambil memegang kertas yang tertulis namaku. Kami seterusnya pulang ke apartmennya sambil menanti kepulangan anak-anaknya dari sekolah. Kami bersama anaknya Sarian yang sangat lincah ke taman. Katanya anak ini sangat kuat dan aktif berkat amalan minum susu kambing semasa dan selepas mengandung. Hari ini banyak persoalanku tentang Islam di China terungkai setelah mendapat penerangan dari Han. Antara kata-katanya, kita bertuhankan Allah yang Esa dan mengakui Nabi Muhammad SAW pesuruhNya, perlu mengenepikan perbezaan pendapat, mazhab, dan budaya supaya semua umat Islam di dunia ini bersatu padu menegakkan syiar Islam. Bukannya saling bersengketa dan menjatuhkan hukum sesama Muslim.

Langgan:
Catatan (Atom)